PEMILIHAN pam payudara yang betul sememangnya penting untuk para ibu. Risau nanti sudah terbeli, menyesal pula sebab tidak sesuai dengan kita, atau susah sangat hendak gunakannya.

Jadi sebelum membeli, seeloknya kita tahu dan periksa dahulu kriteria pam susu yang terbaik mengikut bajet dan ciri yang diinginkan. Berikut merupakan senarai pam payudara yang menjadi pilihan ibu di Malaysia tahun 2018.

9 JENIS PAM PAYUDARA TERBAIK TAHUN 2018

1. SCF330/20 PHILIPS AVENT NATURAL MANUAL BREAST PUMP STANDARD

RM119.50

  • Reka bentuk pam payudara ini ringan dan padat menjadikannya mudah untuk digunakan.
  • Pemegang bentuk ergonomiknya menawarkan pemegangan yang selesa dan penuh kawalan sewaktu mengepam susu.
  • Saiz kecil dan ringan, memudahkan ibu untuk simpan dan bawa ke mana-mana.
  • Kusyen urut pam ini mempunyai tekstur halus lembut yang memberikan rasa hangat ke kulit untuk stimulasi yang lembut dan melancarkan aliran susu.
  • Mudah untuk dibersihkan dan mudah dikendalikan hanya dengan satu tangan.

2. FREEMIE MILK COLLECTION SYSTEM

RM370.00

  • Pam elektrik ini sangat sesuai untuk digunakan semasa sedang menyusu, bekerja, atau hanya bersantai.
  • Sangat mudah digunakan. Tidak pelu selak baju pun, ibu boleh gunakan pam ini.

3. MEDELA SWING MAXI DOUBLE ELECTRIC BREAST PUMP

RM1,499.00

  • Terbaik untuk ibu bekerja dan mempunyai payudara saiz besar.
  • Medela Swing maxi boleh menjimatkan masa ibu yang selalu sibuk.
  • Senang digunakan kerana anda boleh melaras kuasa vakum mengikut keselesaan.
  • Kalau hendak mengepam susu dengan kuantiti yang banyak tapi dalam masa yang singkat, pam ini sesuai buat anda.

4. MOMOHOUSE SINGLE ELECTRIC BREAST PUMP

RM27.90

  • Pam payudara yang ringan dan mudah untuk dibawa ke mana-mana.
  • Ia diperbuat dari polypropylene, iaitu bahan yang khas untuk digunakan pada botol susu.
  • Pam ini juga mudah untuk beroperasi kerana ia mempunyai butang untuk anda menetapkan tahap sedutannya.
  • Tidak perlu risau tentang posisi ketika mengepam susu kerana ia berfungsi dari apa jua posisi kedudukan anda.
  • Apa yang lebih menarik tentang pam ini ia boleh disambungkan pada komputer, usb ataupun power bank anda.

BACA>>>> 8 Jenis Pam Payudara Terbaik dengan Harga Bawah RM50


5. LACTE DUET ELECTRIC BREAST PUMP

RM348.00

  • Apa yang menariknya, pam payudara ini adalah antara yang paling senyap.
  • Datang dengan 2 set yang mempunyai sedutan yang boleh ditetapkan untuk kiri dan kanan.
  • Reka bentuknya memberi keselesaan dengan pelapiknya yang lembut.
  • Senang digunakan dan saiz ideal untuk dibawak ke mana-mana sahaja.

6. MALISH ILARIA DOUBLE ELECTRIC BREAST PUMP

RM369.00

  • Pam elektrik yang sesuai untuk kegunaan rumah dan pejabat (heavy duty).
  • Mempunyai dua pam yang mampu memberikan pengepaman susu yang banyak kerana mengepam secara serentak.
  • Mempunyai tetapan mengikut yang anda inginkan.
  • Datang dengan LCD yang memudahkan untuk anda melihat kekuatan sedutan dan ia beroperasi secara senyap.
  • Reka bentuk lembut dan unik, dan sangat selesa digunakan.

7. SPECTRA S1 BREAST PUMP

RM836.40

  • Spectra S1 mampu beroperasi dengan daya mengepam maksimum.
  • Mempunyai kecekapan mengepam payudara setanding gred hospital.
  • Pam payudara ini mempunyai bateri yang boleh dicas semula.
  • Anda boleh membeli pam tambahan untuk beroperasi secara cepat dan lebih cekap.
  • Mudah untuk dibersihkan dan dioperasi.
  • Harganya sedikit mahal berbanding pam payudara yang lain kerana kecekapannya dalam operasi dan gred setanding hospital.

8. HALFORD HLDUO01 DOU RECHARGEABLE DOUBLE BREAST PUMP

RM219.90

  • Pam payudara terbaik dengan harga paling murah.
  • Ia boleh dicas semula dan mempunyai 4 mod penyedutan.
  • Reka bentuk yang ringan dan mudah untuk dibawa kemana-mana.
  • Hadir dengan 9 tahap daya sedutan.
  • Skrin LED memudahkan anda untuk melihat tahap kelajuan sedutan.

9. AUTUMNZ SINGLE ELECTRIC BREAST PUMP (BLOSSOM)

RM279.00

  • Datang dengan 3 mod.
  • Pam ini boleh dicas semula, jadi anda boleh mengepam dimana sahaja dan guna dengan lebih lama.
  • Paparan LCD yang ada memudahkan memaparkan maklumat seperti jenis mod pam dan tahap sedutan untuk pengguna.
  • Sangat mudah untuk dioperasi dan semestinya mudah untuk dibersihkan.

*Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce.

BACA>>>> Apakah Kriteria Penting Pilih Produk Pam Susu Badan Terbaik?

SUMBER: ProductNation

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda