BARANG murah tidak semestinya tidak berkualiti. Sebut sahaja ECO, ramai ibu mesti kenal! Banyak kelengkapan rumah ada di sini yang dijual pada harga RM2 sahaja.

Kepada mereka yang belum tahu, inilah masa membeli kelengkapan mencuci rumah yang terbukti berkesan. Lebih penting lagi, murah dan dapat berjimat!

Tetapi, antara sekian banyak barangan yang dijual, ada 8 barang mencuci rumah yang wajib dibeli di situ. Perkongsian Noor Hafizah ini boleh dijadikan rujukan kepada anda. Memang berbaloi kerana ada sesetengah barangan memang laku keras, jadi rebutan ramai!

1. ROLER MELEKAT BOLEH CUCI (WASHABLE STICKY ROLL)

Selain membuang bulu halus, boleh juga mengutip rambut atau habuk pada permaidani. Kepada yang ada kucing di rumah, atau malas hendak gunakan vakum, eloklah beli benda ini!


2. PENANGGAL KOTORAN DEGIL (STAIN REMOVER)

Sejenis peluntur sama seperti Clorox. Caranya, tuang dalam mangkuk tandas, kemudian biarkan selama 15 minit. Akhirnya, flush tandas seperti biasa tanpa perlu menggosok.

Boleh juga digunakan untuk menghilangkan kotoran pada lantai. Elakkan terkena kulit sebab ubat ini memang kuat!


3. KAIN MIKROFIBER (MICROFIBER CLOTH)

Cara paling cepat dan senang untuk mengelap habuk. Tidak perlu pakai bulu ayam lagi.


4. PENCUCI LANTAI SUPER TOT

Wangi dan berkilat. Paling penting, wangi, tidak perlu bilas dan lantai pun tidak melekit.


5. TISU BASAH WETTY

Mudah digunakan untuk mengelap kotoran pada meja makan atau perabot.


6. PENCUCI TANDAS

Tidaklah sekuat stain remover tadi. Baik digunakan untuk mencuci bilik mandi dan kotoran biasa-biasa.


7. PLASTIK SAMPAH WANGI

Memang wangi, untuk letak dalam bilik dan dapur. Paling sesuai letak pampers anak yang berbau!


Semua barang RM2 sahaja OK! Kalau mahu berjimat, jom pakat ramai-ramai beli di ECO!

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda