SELUK jari bagi melihat bukaan rahim atau vaginal examination ketika mahu bersalin adalah antara yang menakutkan buat ibu hamil terutamanya buat yang pertama kali bersalin.

Bagi ibu hamil yang masih tidak tahu tujuan vaginal examination ini dilakukan oleh jururawat atau doktor, boleh baca perkongsian Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita dan  Kehamilan Dr Muhammad Izzat Abdul Razak ini.

BACA>>> Buat Para Ibu, Ini Tip Mudah Bersalin Tanpa Koyakan

2CM, 4CM, 8CM, 10CM ITU APA?

Salah satu tanda ibu telah bersedia untuk bersalin adalah dengan melihat kepada pembukaan pintu rahim. Dalam keadan biasa pangkal rahim yang terletak di dalam vagina berada dalam keadaan tertutup dan tidak membuka. Kadang-kadang ianya terbuka sikit untuk mereka yang pernah melahirkan banyak anak.

Apabila sakit kontraksi bermula, pintu rahim ini menjadi semakin nipis dan perlahan-lahan akan membuka. Darah bercampur lendir dinamakan ‘show’ akan keluar dan ini dikenali sebagai tanda bersalin.

Pangkal rahim ini akan membuka perlahan-lahan bermula dari 1 cm sehingga la diameter mencecah 10 cm sebelum ibu boleh meneran bayi keluar.

Bukaan pintu rahim ini ditentukan oleh vaginal examination dilakukan oleh doktor atau jururawat perbidanan terlatih dengan memasukan jari ke dalam vagina, sekaligus mengukur bukaan pintu rahim dengan jari sahaja.

BACA>>> Boleh Cuba 4 Tip Ini untuk Cepatkan Bukaan Rahim Supaya Mudah Bersalin

-GAMBAR HIASAN-

APA PERLU SAYA LAKUKAN KETIKA VAGINAL EXAMINATION DILAKUKAN?

Jangan panik…

Ramai ibu berasa takut dan gundah gulana memikirkan mengenai vaginal examination, lebih-lebih lagi ibu yang tidak ada pengalaman melahirkan.

Relaks, bertenang, tarik nafas dan hembus secara perlahan-lahan. Jangan keraskan badan, jangan kemut sekuat-kuatnya kerana pemeriksan akan menjadi sukar dan ibu akan berasa sakit.

Selain memberitahu mengenai bukaan pintu rahim, vaginal examination juga akan memberitahu mengenai pintu rahim masih keras atau sudah bertambah lembut, kedudukan kepala bayi, selaput air mentuban masih ada atau tidak, terdapat uri atau tali pusat ketika pemeriksaan.

Maka, vaginal examination ini bukan suka-suka dilakukan, ianya penting untuk menilai sejauh mana proses kelahiran itu sudah sampai.

Di dalam dewan bersalin, ianya dilakukan setiap 4 jam atau lebih awal jika doktor merasakan pemeriksan perlu diawalkan, bergantung kepada perkembangan proses kelahiran

Bukan ‘seluk’ suka-suka.

Dr Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan Wanita & Kehamilan

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda