PERNAH tak ibu bapa terfikir beri anak susu formula yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan anak? Bunyi seperti pelik tetapi itulah yang terjadi kepada anak Puan Anis Amiza, Wan Haziq yang berusia 2 tahun 5 bulan ini.

Kanak-kanak itu minum 10 botol susu sehari sebanyak 260ml yang menyebabkan dia berak berdarah lebih 20 kali.

Semoga perkongsian puan Anis ini memberikan iktibar dan pengajaran kepada ibu bapa semua di luar sana.

BACA>>> Kenali Jenis dan Tip Beli Susu Formula Terbaik untuk Anak


Overdose Susu Formula!

Wan Haziq – 2 Tahun 5 Bulan

BERAK 20 KALI USUS KERADANGAN DAN LUKA

Entry kali ni panjang sikit. Terjadi dekat diri sendiri dan suami wan Farhan baru lah rasa menyesal. Banyak kali juga lah baca artikel doktor bahaya bagi susu berlebihan pada anak yang umur 2 tahun ke atas. Tapi, baca saja, ikutnya tak ?

Jadi, sis nak share lah pengalaman selama anak kesayangan kami Wan Haziq sakit perut disebabkan minum susu banyak. Lebih kurang 10 botol sehari sebanyak 260ml minum susu dengan sekelip mata saja habis licin susunya. Makan pun banyak.

Hari pertama dan kedua Haziq sudah tunjuk simptom-simptom nak cirit birit dan sudah mula muntah. Tapi yang paling teruk pada hari ke-3, dia berak keadaan cangkung sambil menahan sikit.

Hari ke-4 haziq dah mula berak darah ??. Ibu mana tak panik kan buka-buka pampers, penuh darah. Menggigil satu badan ni. Bergegas pergi HUSM pukul 4 pagi. Sepanjang perjalanan tak henti-henti Istighfar.

Terus ke bahagian kecemasan dan Haziq kena admit ward! Macam-macam diagnosis doktor pakar buat dan andaian doktor, Haziq terlebih minum susu.

Sehari Haziq berak lebih 20 kali. Dinding usus keradangan dan luka disebabkan Haziq kerap berak.

Paling sedih hari ketiga, Haziq berak darah dari pukul 4 pagi tak berhenti sampai malam. Pampers ada 52 keping, habis licin!

Malam itu doktor pakar datang sahkan Haziq overdose SUSU FORMULA. Macam tak logik tapi itu lah realitinya. Allahu… Maafkan mama sayang ?

PESANAN BUAT PARA IBU!

Ibu kat luar sana, kalau anak yang umur 2 tahun ke atas itu, please kurangkan susu. Kalau boleh paksa anak makan. Jangan jadikan susu itu makanan harian.

Macam Haziq perut dia sensitif sangat. 2,3 minggu sebelum Haziq cirit-birit… Haziq selalu mengadu sakit perut. Lepas saja minum susu, mesti Haziq akan mengadu sakit perut. Ingatkan dia sakit perut sebab nak berak. Tapi doktor cakap, itu adalah tanda-tanda awal.

Kalau anak-anak mengadu sakit perut lepas minum susu, kurangkanlah susu. Kalau sayangkan anak, biarkan anak meronta sekejap, lama-lama akan terbiasa. AJAR dan PAKSA anak-anak makan.

Lagi satu tip, ibu-ibu boleh cuba letak air kosong dalam botol susu. Bagi anak minum dan cakap kat “susu dah habis, kena pergi beli dulu”. Nak bagi susu juga boleh, bagi fresh milk.

Buat masa sekarang ini Haziq dah stop dulu susu formula. Bagi fresh milk. Agak mahal tapi tak apa lah demi anak.

Limitkan dengan minum 2 gelas saja sehari. Bagi susu banyak kali tapi dalam kuantiti yang sikit dan pastikan 2 gelas sehari dan bagi makan makanan yang kita makan.

Kalau lepas minum susu dan mengadu sakit perut, itu ada petanda awal la ye. So, berjaga-jaga.

Sis share supaya tidak terjadi pada anak-anak lain. Pengalaman ini menjadikan pengajaran buat kami.

Cegah Lebih Baik Dari Merawat.

WAD 6 Selatan #HUSM.

Terima Kasih Staf HUSM, Team Doktor, Team Jururawat. Dr Fahisham, Dr Rizal. Semua baik-baik dan sangat membantu. Terima Kasih! Semoga Allah merahmati kalian.

BACA>>> Tidak Tahu Susu Fresh Milk Yang Sesuai Untuk Anak? Baca Penerangan Doktor Ini…

Anis Amiza.
HUSM | 26.10.2018

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda