PASANGAN di luar sana pasti ada yang takut mahu menjalinkan hubungan kerana bimbang tentang keselamatan bayi dalam kandungan. Adakah anda salah seorang mengalami masalah seperti ini? Rasanya selamat atau tidak?

BOLEH ATAU TIDAK BUAT HUBUNGAN SEKS?

Sekiranya doktor mengesahkan yang kandungan ibu sihat dan normal, tiada masalah dan seks adalah selamat. Sebagai langkah berjaga-jaga, suami dinasihatkan supaya menggunakan kondom untuk melindungi bayi daripada jangkitan virus. Contohnya, suami yang dijangkiti virus zika boleh menjangkiti isteri hamil melalui hubungan seks.

Kehamilan normal tidak ada sebarang kaitan dengan keguguran awal. Jangan risau untuk menikmati seks dalam tempoh kehamilan. Selagi air ketuban tidak pecah, anda boleh bersama, malah seks dipercayai memudahkan urusan ibu untuk bersalin nanti.

ADAKAH SEKS BAHAYAKAN BAYI?

Seks tidak membahayakan bayi dalam kandungan kerana bayi terlindung dengan selamat. Penyumbat mukus tebal yang menutup serviks melindungi bayi daripada jangkitan. Kantung amnion dan otot uterus yang kuat juga dapat melindungi bayi.

Bagaimanapun, dalam beberapa keadaan, anda mesti mengelakkan seks dan mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Contohnya, berlaku pendarahan, sakit atau kejang pada bahagian abdomen, ketuban pecah, sejarah serviks lemah dan plasenta previa.

ADAKAH NORMAL JIKA IBU TIDAK MAHU LAKUKAN SEKS?

Setiap ibu mengandung berbeza kerana perubahan-perubahan besar yang berlaku dalam badan turut menjadi punca nafsu ibu berkurang. Ada yang besemangat dan bernafsu untuk menjalinkan hubungan seks tanpa ada kerisauan tentang keselamatan bayi.

Tetapi ada pula ibu yang enggan melakukan seks dengan pasangan kerana letih dan loya. terutama sepanjang trimester pertama. Tahap nafsu akan berubah bergantung kepada perbezaan hormon.

Semua perasaan dan pengalaman itu ialah normal dilalui ibu hamil. Sebagai pasangan, jangan risau kerana pasangan lain juga mengalami situasi sama.

ADAKAH NAFSU SUAMI MASIH SAMA?

Nafsu suami mungkin berkurangan kerana takut membahayakan bayi. Bagaimanapun, kebanyakan suami akan nampak isterinya lebih seksi sewaktu hamil, terutama trimester pertama dan kedua. Perasaan itu akan berkurangan pada trimester ketiga.

Nikmati masa kehamilan anda sepuasnya. Jika kurang yakin mahu menjalinkan hubungan seks bersama pasangan, dapatkan nasihat doktor. Semoga bermanfaat buat kita semua!

SUMBER: BabyCentre

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda