1 DALAM 5 kanak-kanak di Malaysia adalah pembawa kepada kuman Pneumokokal yang biasa berlaku kepada bayi dan kanak-kanak di bawah 5 tahun.

Suntikan vaksin Pneumococcal merupakan sejenis imunisasi yang boleh diberikan kepada bayi dan kanak-kanak sebagai langkah awal untuk mencegah daripada jangkitan kuman di paru-paru yang dikenali sebagai penyakit Pneumonia.

Penyakit ini bukanlah satu yang asing dan ia juga pernah menyebabkan kematian pada bayi dan kanak-kanak.

BACA>>> Tentang Pneumonia dan Kanak-Kanak: Kenali Punca, Simptom dan Rawatan

Walaupun pendedahan pada kepentingan vaksin ini sudah meluas, tetapi masih ada ibu bapa yang tidak mengambil vaksin ini. Apakah sebabnya? Berikut adalah hasil tinjauan penulis tentang tanggapan ibu bapa tentang vaksin ini.

KENAPA ADA IBU BAPA TIDAK AMBIL VAKSIN PNEUMOKOKAL

1. TIDAK WAJIB

Disebabkan vaksin ini bukanlah salah satu vaksin yang diwajibkan, ramai ibu bapa tidak menjadikan ia salah satu vaksin tambahan pilihan mereka. Mereka beranggapan vaksin yang diwajibkan sudah mencukup buat anak mereka.

Kalau vaksin itu penting, sudah pasti kerajaan masukkan ia jadi antara vaksin yang wajib untuk anak kita,”… itulah antara pandangan ibu bapa tentang vaksin ini.

Tetapi tahukah anda, penyakit yang disebabkan oleh kuman ini adalah antara penyakit yang sering dialami oleh kanak-kanak hari ini? Lindungilah kesihatan anak anda sebelum mereka menjadi salah satu mangsa kuman berbahaya ini.

2. TIDAK TAHU KEPENTINGAN

Mungkin ada ibu bapa yang tidak tahu tentang kepentingan vaksin ini, sebab itu mereka tidak mengambilnya terutamanya kepad ibu bapa baru. Mereka tidak tahu apa tujuan pemberian vaksin ini dan kepentingan kepada kesihatan anak pada masa akan datang.

Biasanya golongan ibu bapa jenis ini hanya sedar kepentingan vaksin ini selepas anak diserang jangkitan kuman pada paru-paru dan mendapat nasihat doktor untuk mendapatkan vaksin ini.

3. SUSAH NAK DAPAT?

Ada juga ibu bapa yang mengatakan vaksin ini susah untuk diperoleh kerana tidak semua klinik menyediakan suntikan vaksin tersebut.

Vaksin ini boleh didapati di kebanyakkan klinik dan hospital swasta dengan jenis dan harga berbeza. Tip bagi yang tidak tahu di mana boleh dapatkan adalah penting membuat pertanyaan sama ada menerusi panggilan atau melayari laman web hospital dan klinik tersebut.

4. MAHAL

Tidak dinafikan harganya sedikit mahal jika dibandingkan dengan vaksin lain. Dianggarkan dalam RM170 hingga RM335 satu dos mengikut jenis vaksin.

Sikap ibu bapa yang sering menangguh pengambilan vaksin ini kerana ingin membuat perbandingan harga adalah antara sebab anak lambat menerima vaksin ini. Bagi pandangan saya, ini adalah pelaburan untuk kesihatan anak, jangan berkira. Lebih baik mencegah daripada melihat anak-anak diwadkan akibat jangkitan kuman pada paru-paru secara berulang.

NOTA: Jika ada ibu yang tidak mencukupi bajet, disaran untuk menghubungi klinik dan hospital untuk mendapatkan anggaran harga. 

BACA>>> Tentang Vaksin Pneumococcal yang Perlu Anda Tahu

5. ANAK TIDAK PERNAH KENA JANGKITAN KUMAN PNEUMOCOCCAL

Tidak dinafikan ramai ibu bapa hanya mula buka mata untuk mendapatkan vaksin ini selepas anak dijangkiti kuman pada paru-paru dan selepas disaran pakar kanak-kanak untuk mendapatkannya.

Daripada 5 alasan di atas, faktor utama yang menjadi prihatin ibu bapa adalah harganya yang mahal.

Oleh itu, tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menyenaraikan vaksin ini dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) adalah satu langkah bagi membantu ibu bapa khususnya yang tidak berkemampuan dalam menampung kos vaksin berkenaan.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda