RAMAI ibu bapa ambil sikap “acuh tak acuh” dengan sikap suka menengking anak bila anak buat salah. Lebih teruk lagi, sanggup pukul anak tanpa rasa bersalah. Di bawah merupakan 7 bahaya menengking anak.

1. ROSAKKAN SEL OTAK

Tinggi suara atau perkataan yang kasar dapat membunuh lebih dari 1 juta sel otak pada waktu itu juga. Jika ditambah dengan satu pukulan atau cubitan maka akan membunuh lebih dari berjuta-juta sel otak. Bayangkan, bagaimana sel-sel otak anak akan berhubung?

Bagaimanapun, dengan 1 pujian serta kasih sayang akan membuatkan anak kita membesar menjadi orang yang hebat kerana otak mereka akan berkembang dengan baik.

Hasil penelitian Lise Gliot, fasa anak yang masih dalam pertumbuhan, terutama pada masa golden age aitu pada umur 2 ke 3 tahun. Suara yang hanya cenderung untuk marah, maka akan menjadi masalah pada anak.

Lise Gliot menjelaskan bahawa suara yang kuat dan kemarahan yang keluar dari orang tua dapat merosak atau menggugurkan sel otak anak yang sedang tumbuh. Manakala ketika si ibu memberikan belaian lembut sambil menyusu anaknya, maka rangkaian otak terbentuk indah.

HATI-HATI JIKA MARAH ANAK

Hati-hai kalau hendak marah anak. Kalau silap marah, ia boleh mengganggu fungsi organ-organ penting di dalam tubuh seperti hati, jantung dan yang lainnya.


2. BOLEH LEMAHKAN JANTUNG

Menurut penjelasan Dr. Godeliva Maria Silvia Merry, M.Si, denyut nadi seseorang dapat berubah bergantung kepada suara yang didengar.

Jika orang tua “hobinya” asyik marah anak dengan menengking, maka jantung anak akan lemah. Organ jantung anak akan sering berdetak dengan sangat cepat (abnormal), dan menyebabkan jantung menjadi mudah keletihan.


3. ANAK EMOSIONAL

Jika selalu dimarah, anak akan meniru hal yang “diterimanya” itu dalam kehidupan. Anak akan membesar menjadi seorang yang mudah marah, susah kawal diri sendiri, emosional, dan suka menjerit.


4. KEPERCAYAAN PADA IBU DAN AYAH MENURUN

Marah anak di depan kawan-kawannya, sudah tentu menjatuhkan harga diri anak ketika  bersama kawan-kawannya.

Hasilnya, tahap percya diri anak akan menurun dan dia juga tidak akan percaya pada kita yang asyik menengking dan malukan dia. Apabila sudah dewasa, segala nasihat dari ibu dan ayah tidak akan didengar oleh anak.


5. TERTEKAN

Marah dan menengking anak pada fasa remaja juga merupakan hal yang tidak baik. Remaja berusia 13 tahun yang sering dimarahi oleh orang tuanya menunjukkan lebih banyak gejala tekanan perasaan dibandingkan dengan teman seumurnya yang kurang dimarah.

Sebenarnya orang tua “berniat baik” untuk memperbaiki perilaku anak remaja, tetapi dengan cara dimarah dan dihina oleh orang tua, maka hal ini membuat perangai anak menjadi bertambah buruk.


6. SUSAH JADI PENDENGAR YANG BAIK

Dalam memastikan anak membesar menjadi pendengar yang baik, maka anak perlu membesar di lingkungan yang membuatnya dapat berfikiran positif.

Ketika orang tua bercakap dengan nada tinggi atau memberontak, justeru dapat mengakibatkan anak terganggu perkembangannya dan mengalami gangguan pendengaran.

Selain masalah pendengaran, juga masalah hati yang “terluka” kerana anak menerima perlakuan buruk, maka anak akan kesukaran untuk membesar menjadi pendengar yang baik.


7. KURANG KEYAKINAN DAN TAKUT BUAT SALAH

Anak yang sering dibentak dan dimarahi, apalagi dimarahi secara membabi buta, maka boleh berisiko mengalami kesukaran dalam melakukan suatu aktiviti.

Hal itu kerana di dalam jiwa anak tertanam perasaan takut salah kerana sering dimarah. Sehingga anak akan memencilkan diri dan kesukaran untuk melakukan aktiviti.

Baca juga 5 Kesan Buruk Jika Selalu Mengeluh Depan Anak.

SUMBER: SemuanyaJdt

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda