SAYANGNYA tengok barang kemas sekejap sahaja sudah kusam dan tidak berkilat. Iyalah, hari-hari pakai, sudah tentu nampak kusam bukan? Ok, jika anda hendak barang kemas nampak seperti baru dan berkilat semula, buat sendiri di rumah sebab petuanya sangat mudah.

Jom cuba 5 petua kilatkan barang kemas:

1. UBAT GIGI

Ini cara paling biasa kita buat. Ambil ubat gigi dan sental barang emas gunakan berus gigi terpakai. Confirm berkilat.

2. AIR ASAM JAWA

Rendamkan barang kemas ke dalam air asam jawa selama 6 jam, kemudian bilas dengan air biasa. Keringkan dengan kain yang bersih.

3. AIR TEH

Sediakan air teh jangan tambah gula. Rendam barang kemas dalam air teh tadi paling kurang selama 1 jam. Kemudian bersihkan dengan berus dan bersihkan. Jika ingin berkesan, rendam lebih lama.

4. AIR PANAS

Cara ini sesuai untuk membersihkan barangan kemas yang tidak mempunyai batu. Letakkan barang kemas dalam bekas yang sesuai kemudian tuang air panas ke dalamnya. Biarkan sehingga air sejuk. Keluarkan dan bilas.

5. CECAIR PENCUCI PINGGAN

Cara ini sesuai untuk membersihkan barangan kemas yang tidak mempunyai batu. Letakkan barang kemas dalam bekas yang sesuai kemudian tuang air panas ke dalamnya. Biarkan sehingga air sejuk. Keluarkan dan bilas.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda