RAMAI wanita selepas berkahwin mengalami masalah kekeringan faraj hingga menyebabkan hubungan seksual suami isteri terbatas kerana kesakitan yang dialami. Secara tidak langsung, hubungan intim ini boleh mengugat hubungan suami isteri.

Jadi, apa kata suami isteri baca artikel ini tentang pelincir yang boleh digunakan semasa hubungan intim anda. Jika masalah berterusan dan memudaratkan boleh mendapatkan nasihat doktor untuk rawatan. Semoga bermanfaat.


Salam doktor, saya mengalami masalah kekeringan faraj. Hal ini merisaukan saya kerana saya sudah berusia 32 tahun dan mempunyai seorang anak. Apabila bersama dengan suami, saya akan mengalami sakit dan pedih. Bolehkan dr cadangkan sebarang pelincir faraj untuk saya,?

Ramai wanita yang mengadu sakit ketika melakukan hubungan seksual bersama suami kerana disebabkan luka pada vulva iaitu pembukaan faraj.

BACA>>> Basuh Faraj Dengan Air Garam Cara Semulajadi Jaga Peranakkan Agar Mudah Hamil

ANTARA PUNCA:

  • Wanita belum cukup terangsang dengan sepenuhnya hingga tidak banyak lendiran faraj yang dikeluarkan sebelum menerima kemasukan zakar ke dalam faraj.

Kemasukan zakarke dalam faraj tanpa lendiran yang cukup boleh menyebabkan hubungan seksual yang sepatutnya mendapat kenikmatan akan memberikan kesakitan kepada kedua-kedua suami dan isteri.

CARA ATASI:

  • Boleh menggunakan pelincir faraj ketika melakukan hubungan intim dengan suami.
  • Selain, hubungan intim pelincir faraj juga boleh digunakan untuk melembabkan faraj yang kering.

JENIS-JENIS PELINCIR SINTETIK YANG TERDAPAT DI PASARAN

Pelincir yang dicadangkan ini hanyalah bantuan sementara untuk mengurangkan rasa tidak selesa semasa melakukan hubungan intim bersama suami dan mengekalkan kelembapan faraj.  Ia bukan rawatan  bagi masalah kekeringan faraj yang dialami.

1. PELINCIR BERASASKAN AIR TETAPI MENGANDUNGI GLISERIN

Jenis ini banyak terdapat di pasaran, berasaskan air dengan campuran gliseri sintetik yang menyebabkan rasa sedikit manis. Pelincir ini mudah kering tetapi kawasan yang telah disapu dengan pelincir ini boleh dicampurkan dengan air atau air liur bagi melicinkan kembali kawasan tersebut.

Kosnya murah dan tidak membocorkan kondom serta tidak mengotorkan kain. Bagaimanapun, Gliserin sintetik boleh menyebabkan jangkitan kulat pada faraj jika digunakan selalu. Produk ini mengandungi paraben atau propilena yang boleh menyebabkan ruam pada kulit. Contoh: K Y jelly

2. PELINCIR BERASASKAN AIR TETAPI TIDAK MENGANDUNGI GLISERIN

Pelincir ini sesuai bagi wanita yang sering mengalami jangkitan kulat kerana ia tidak mengandungi Gliserin sintetik. Kelebihan pelincir ini lebih tahan dan lebih lama berbanding pelincir dengan Gliserin.

Ia mengurangkan radang dan ruam kemaluan, selamat digunakan bersama kondom dan tidak mengotorkan kain. Rasanya lebih pahit kerana tidak mengandungi Gliserin. Contoh: Liquid Slik dan Ultra Glide.

3. PELINCIR BERASASKAN SILICON

Pelincir ini sering digunakan oleh wanita yang mengalami kekeringan kerana ia boleh bertahan 3 kali lebih lama daripada pelincir lain. Ia tidak berbahaya dan menyebabkan alahan. Harganya lebih mahal dan perlu dibersihkan dengan air dan sabun serta selamat digunakan dengan kondom. Contoh: Eros dan Platinum.

4. PELINCIR  BERASASKAN MINYAK ASLI

Pelincir dengan minyak semulajadi yang biasa digunakan untuk memasak. Ia adalah pelincir yang terbaik kerana ia adalah natural dan selamat digunakan sebagai sapuan pada kemaluan (vulva) dan juga di dalam faraj dan tidak menyebabkan alahan. Contoh:Minyak kelapa dan zaitun.

5. PELINCIR BERASASKAN MINYAK SINTETIK

Boleh digunakan sebagai pelincir vagina tetapi boleh menyebabkan ruam pada kemaluan dan merosakkan kondom. Contoh:Vaseline.

BACA>>> Longgar dan Lebam? Ini 5 Perubahan yang Terjadi Pada Faraj Selepas Bersalin

CARA RAWATAN

Anda perlu mengenalpasti punca kekeringan untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya. Bagi masalah kekeringan akibat ketidakseimbangan hormon, selain dari ubat hormon estrogen yang biasa diberikan, saya mencadangkan menggunakan suplimen ekstrak kacip fatimah bersama vitamin E dan C bagi mengembalikan keseimbangan hormon.

SUMBER: Dr Zubaidi.Com

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda