DUNIA ibu bapa memang mencabar. Sudahlah kita masih sedang belajar tentang perkembangan anak, kemudian ada pula yang suka mengata pasal anak kita. Memang boleh sentap dibuatnya.

Ada saja yang dipandang jadi serba tidak kena dan ditegur. Jangan dilayan sebab kalau dilayan, tidak hairan kita yang jadi stres. Jadi apa kata kita belajar perkongsian daripada pemilik Facebook ini, Eyza Faizah tentang teknik berdepan situasi orang suka mengata.

TIP KEIBUBAPAAN: TEKNIK HADAPI SITUASI ‘ORANG KATA’ DENGAN TENANG

Ibu ayah pasti pernah melalui situasi ‘orang kata’ begini:

SITUASI 1

“Anak sudah setahun belum pandai jalan lagi ke? Anak akak dulu umur 7 bulan sudah boleh jalan.”

SITUASI 2

“Sedap ke anak makan tidak letak garam tu, tambah la garam sikit, baru sedap dia makan.”

SITUASI 3

“Kesiannya anak tidak tahan pedas, anak akak umur 1 tahun sudah boleh makan nasi lauk asam pedas tau.”

Fuh, Memang terasa sentap, dikecam dan terancam gitukan?

Dengar saja kenyataan macam itu, mulalah hati rasa membuak-buak di dalam. Apabila ditanya atau dikecam dengan persoalan sebegitu, nyatakan pendirian kita dengan tegas dan berhujahlah dengan penuh hemah.

Sesetengah orang, mereka tidak akan puas hati selagi mereka tidak dapat mengubah persepsi kita itu supaya sama sepertinya.

Jika ia tidak tamat di situ, malah isu itu semakin diperbesarkan, apa kita patut buat?

Dalam seminar Ibu Hebat Anak Cemerlang – Dr Siti Rohana tempoh hari, dalam apa juga situasi yang kita hadapi, amalkan konsep YES, NO, IGNORE. 

✔ Jika kita bersetuju, dengan tegas katakan YES.
 Jika tidak bersetuju, dengan tegas juga katakan NO.
?
 Jika ia tiada kaitan dengan kita, just IGNORE – abaikan saja untuk elak stres yang tidak perlu.

Apa kita perlu buat jika konsep YES dan NO masih tidak berkesan?

Kita tidak boleh tutup mulut sesiapa pun, jadi kita cuma ada 2 pilihan.

PERTAMA, duduk di situ dan dengar semua yang orang kata atau KEDUA, IGNORE bangun dan berlalu pergi dari situ sebab kita tidak perlu dengar macam-macam lagi orang kata.

Selagi kaki dan badan kita tidak diikat di kerusi, beri saja apa-apa alasan dengan penuh adab untuk kita bergerak dari situ.

Kata kuncinya ialah MOVE.

Ya, bergerak ialah cara terbaik berbanding menyerah diri.

Bergerak dari situ bukan bermaksud kita kalah atau mengalah atau menyerah kalah.

Itu teknik untuk kita menjadi ibu dan ayah yang lebih tenang menghadapi situasi sebegini.

Carilah alasan apapun, nak ke tandas ke, nak tengok anak ke, nak jawab panggilan telefon ke atau apa-apa saja, yang penting kita bergerak dari situ.

Selagi orang mengata dan kita masih duduk di situ tidak berganjak, selagi itulah tidak tamat, malah menambahkan rasa sakit dalam hati.

Kita ada atau tiada di situ, mereka tetap akan mengata, walaupun sudah jelas pendirian dan hujah kita.

Jadi, lebih baik kita tiada di situ, tidak perlu kita mendengar kecaman dan kata-kata mereka yang pasti menyakitkan hati.

Setiap individu tidak sama. Maka, sentiasa bersedia kerana perbezaan pendapat sesama kita kadangkala akan dipertikaikan dan dikecam sesetengah pihak.

Kentalkan hati, kebalkan diri!

Semoga kita jadi ibu ayah yang teguh jati diri dan berani.

YES, NO, IGNORE

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda