BERITA kehamilan adalah satu perkara yang mengembirakan semua wanita. Namun, sepanjang 9 bulan kehamilan ibu hamil perlu berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan termasuk sakit dada.

Yang sering menjadi persoalan, adakah sakit dada tanda normal pada ibu hamil atau tanda bahaya?

Berikut adalah 8 punca yang menyebabkan ibu hamil mengalami sakit dada semasa kehamilan.

BACA>>> Kenapa Ibu Hamil Tidak Boleh Keluar Malam? Bukan Kerana Gangguan Jin Tetapi Ini Sebabnya…

1. TULANG RUSUK MELEBAR

Sepanjang kehamilan tulang rusuk akan melebar sehingga membuat otot-otot di dada menjadi renggang. Tekanan pada diafragma, tulang rusuk serta otot pada dada menjadi punca kepada rasa nyeri dan sesak nafas. Keadaan ini akan berterusan seiring dengan perkembangan bayi dalam kandungan.

2. GANGGUAN PENCERNAAN

Ibu hamil yang memakan makanan mengandungi gas, pedas atau tidak sesuai dengan keadaan perut boleh menyebabkan gangguan pencernaan. Gas yang dihasilkan oleh makanan akan naik dan berada pada bahagian perut dan dada (ulu hati). Keadaan inilah yang menyebabkan rasa ngeri dan tidak selesa pada dada.

3. HEARTBURN

Heartburn adalah keadaan di mana rasa perit dan panas pada bahagian dada disebabkan oleh asam lambung yang baik ke kerongkong. Keadaan ini boleh berlaku disebabkan peningkatan kadar hormon progesteron.

4. TEKANAN DARIPADA BAYI

Semakin membesar bayi di dalam rahim, semakin besar ukuran bayi di dalam perut. Perubahan pada ukuran bayi dan perut akan memberikan tekanan lebih pada tulang rusuk yang menyebabkan sakit dada.

5. STRES

Stres tidak hanya memberikan pengaruh besar pada kondisi bayi dalam kandungan tetapi juga tubuh badan kita. Salah satu penyebab sakit dada adalah kerana otot dada menegang dan sesak.

6. PERUBAHAN UKURAN PAYUDARA 

Ukuran payudara akan semakin membesar ketika kehamilan dan keadaan ini boleh menyebabkan sesak nafas dan sakit dada akibat ketegangan otot dan sendi di bahagian dada.

7. SERANGAN JANTUNG

Jika mengalami sakit dada seperti ditimpa benda berat terutamanya pada bahagian kiri itu menandakan serangan jantung. Hati-hati! Perhatikan juga jika anda mengalami gejala lain ini seperti pening, sesak nafas, berpeluh dan salah satu anggota badan tidak boleh bergerak.

8. DEEP VEIN THROMBOSIS (DVT)

Deep vein thrombosis atau trombosit vena dalam istilah perubatan bermakna terdapat gumpalan darah pada pembuluh darah. Kehamilan biasanya akan meningkatkan risiko gumpalan pembuluh darah yang terletak di panggul dan kaki. Antara tandanya rasa sakit ketika bernafas, denyutan jantung cepat, sesak nafas hingga batuk berdarah.

BACA>>> Emboli Berisiko Maut untuk Ibu Bersalin Caesar atau Normal

BILA PERLU SAYA KE HOSPITAL

Dalam beberapa kes, rasa sakit ketika kehamilan menjadi tanda kepada perubahan tubuh badan. Anda tidak perlu risau. Tetapi jika anda sering mengalami sakit dada yang berlanjutan dan tidak baik, jangan ragu-ragu untuk berjumpa dengan doktor untuk mengetahui puncanya.

Doktor akan membantu mencari puncanya dan sekiranya perlu, anda akan diberikan ubat sesuai untuk kesihatan dan baik pada bayi untuk mengurangi rasa sakit tersebut.

Antara tip lain yang mungkin membantu dalam mengurangkan sakit dada adalah dengan mencuba posisi tidur yang sesuai untuk ibu hamil.

SUMBER: HelloSehat

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda