SEORANG kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang petah berkata-kata dan bijak membuat ulasan mengenai barang permainan didedahkan sebagai bintang muda menerima bayaran tertinggi YouTube iaitu US$22 juta (RM92 juta).

Anggaran yang dibuat majalah Forbes itu mendapati Ryan menerusi ‘Ryan ToysReview’ mengatasi Jake Paul sebanyak US$500,000 (RM2 juta) selama 12 bulan hingga Jun.

BACA>>> Kenapa Kanak-Kanak Suka Menyusun Mainan Dengan Sangat Teratur?

Video yang dimuat naik hampir setiap hari dan satu daripadanya mengenai telur biru misteri telah ditonton lebih daripada satu juta sejak Ahad.

Saluran Dude Perfect berada di tempat ketiga, menjadikan $20 juta (RM83 juta), kata Forbes.

Pendapatan Ryan, yang tidak termasuk cukai atau yuran yang dikenakan oleh ejen atau peguam, telah meningkat dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya.

BACA>>> 18 Tip Ini Bantu Kembangkan Kemahiran Anak Bercakap

Ditanya oleh NBC mengapa kanak-kanak suka menonton videonya, Ryan berkata, video yang dihasilkan menghibur dan melucukan.

Sejak saluran itu ditubuhkan oleh ibu bapa Ryan pada Mac 2015, kesemua video Ryan ditonton hampir 26 bilion penonton serta mengumpul 17.3 pengikut.

SUMBER: AstroAwani

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda