IKAN yang disimpan lama dalam peti sejuk memang tidak sedap kalau dimasak. Selalunya ikan lama sudah tidak segar, berbau dan isinya rasa medak apabila dimakan. Kadangkala, ikan lama dalam peti sejuk dibuang begitu saja sebab sudah berbau. Sayang bukan?

Tahukah anda cara menyimpan ikan lebih lama dan masih segar apabila mahu dimasak, boleh cuba 3 tip ini! Jimat, mudah dan berkesan.

1. RENDAM AIR GARAM

Bahan-Bahan:

  • Air
  • Garam

Cara Penyediaan:

  • Bersihkan ikan dan siang (sisik dan perut).
  • Simpan dalam bekas, kemudian rendam ikan hingga semua tenggelam.
  • Letakkan sedikit garam dan tutup bekas.
  • Simpan dalam peti ais dan bekukan.
  • Bila hendak masak nanti, keluarkan dan biar cair.

2. RENDAM SUSU

Bahan-Bahan:

  • Air
  • Susu atau air rendaman beras

Cara Penyediaan:

  • Sebaik saja ikan dikeluarkan dari peti sejuk, rendamkan dengan air biasa.
  • Letakkan sedikit susu ke dalamnya.
  • Biarkan seketika.
  • Kemudian masak seperti biasa.

3. AIR BERAS

Bahan-Bahan:

  • Air rendaman beras

Cara penyediaan:

  • Sebaik sahaja ikan dikeluarkan dari peti sejuk, rendamkan dengan air biasa.
  • Kemudian bilas dan rendam pula dengan air beras.
  • Biarkan seketika dan boleh dimasak seperti biasa.

Selamat mencuba!

SUMBER: Keluarga.my

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda