KANAK-kanak mempunyai minat yang sangat berbeza. Ada yang suka pada kereta, kapal terbang, jentera berat, anak patung mahupun karektar kartun seperti Ultraman.

Rupanya, minat kanak-kanak ini mempunyai kelebihan pada diri masing-masing dan sangat penting kepada perkembangan mereka. Jadi, janganlah larang mereka!

Jadi, bagi kanak-kanak yang minat pada dinosaur, kami kongsikan kelebihan ada mereka yang telah dipetik daripada Parent Connect untuk rujuak ibu bapa di luar sana.

BACA>>> Kenapa Kanak-Kanak Suka Menyusun Mainan Dengan Sangat Teratur?

MINAT DINOSAUR – BAGUSKAH UNTUK KANAK-KANAK?

Tahukah anda, menurut Kelli Chen, seorang Pakar Psikiatri Kanak-kanak di John Hopkins University, kanak-kanak yang mempunyai minat yang mendalam (intense interest) terhadap sesuatu objek akan memiliki kebijaksanaan ‘above average’ atau kebijaksanaan lebih dari tahap biasa.

Menurut kajian juga, antara objek yang menjadi obsesi kanak-kanak yang berusia di antara 2 hingga 6 tahun adalah kenderaan seperti kapal terbang, keretapi, kereta dan juga DINOSAUR. Usia ini adalah fasa ‘imaginative play’ di mana tahap imaginasi kanak-kanak sangat tinggi.

Antara kebaikan minat yang mendalam terhadap dinosaur (dan objek lain yang disebutkan) kepada perkembangan kognitif dan sikap kanak-kanak adalah:

1. Menambahkan pengetahuan
2. Meningkatkan kegigihan
3. Memperbaiki daya tumpuan
4. Membina skil memproses maklumat

Oleh itu, ibu bapa layanlah anak-anak yang main dinosaur, tidur dinosaur, menyanyi dinosaur, menonton dinosaur, bercakap dinosaur, membaca dinosaur dan segalanya dinosaur.

Ada kebaikannya kepada perkembangan kognitif atau otak mereka.

BACA>>> Pensyarah: Kanak-Kanak Tidak Banyak Mainan Lebih Kreatif

MINAT HINGGA HAFAL NAMA-NAMA DINOSAUR

Hairan saya, anak saya tahu nama-nama dinosaur. Dia boleh hafal semua. Nama yang panjang-panjang pun dia boleh hafal.”

Adakah anak anda begini?
Berapakah nama dinosaur yang anda sendiri hafal?

Menurut Kenneth Lacovara, seorang Paleontologis ataupun pakar pengkaji fossil, mengetahui nama-nama dinosaur merupakan masteri atau kepakaran yang sangat membanggakan bagi kanak-kanak. Kepakaran yang mereka miliki itu tidak dimiliki oleh ibubapa mereka. Inilah antara sebab yang mendorong kanak-kanak untuk menggali lebih maklumat tentang dinosaur dengan bermain, menyoal, menyiasat, meneroka dan membaca.

ADAKAH IA AKAN BERLARUTKAN HINGGA DEWASA?

Bagaimanapun, didapati minat yang mendalam terhadap dinosaur ini hanya panas selama 6 bulan hingga 3 tahun sahaja. Salah satu sebab utama minat ini berkurangan adalah kerana kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan. Mereka perlu beri tumpuan kepada banyak lagi subjek dan penekanan tidak diberikan kepada DINOSAUR.

Jika ada di antara anak anda yang terus meminati dinosaur walaupun sudah bersekolah, kajilah laluan untuk menjadi seorang PALEONTOLOGIS.

Anak saya juga pernah meminati dinosaur dan saya pernah hafal nama dinosaur.
Saya pernah bercita-cita hendak menjadi seorang arkeologis tetapi cita-cita masih tinggal cita-cita.

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

SUMBER: ParentConnect

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda