WALAUPUN sudah berusia 40 tahun, wanita cina ini memiliki wajah yang berseri dan awet muda. Rahsianya, dia memang rajin mengamalkan jamu tradisonal. Selalunya kita dengar, wanita Melayu saja yang suka ambil jamu. Tapi kali ini, jom kita cuba resepi jamu asam kunyit dan herba untuk kekal awet muda, bertenaga dan sihat.

Hari ni saya kongsikan satu resepi mak bidan saya buatkan untuk saya 15 tahun yang lalu. Sekali-sekala memang saya amalkan petua ini. Syukur masih diberikan rezeki untuk mencari bahan-bahan dan kesihatan yang ampuh melalui pengamalan jamu dari usia muda sampai sekarang .Berikut adalah resepinya…”….

RESEPI JAMU ASAM KUNYIT DAN HERBA

 BAHAN-BAHAN:

  • Segenggam kunyit matang.
  • Segenggam halia bentong. Kalau tiada halia bentong, boleh pakai halia tua. Makin tua, makin pedas, makin tinggi juta zatnya.
  • Segenggam temukunci. Ambil ubi dan jari jemarinya sekali.
  • Segenggam cekur atau kencur. Sama saja kedua-duanya.
  • Daun menguku 3 helai kalau besar.
  • Daun sirih 3 ke 5 helai ikut saiz.
  • Air kosong 1 litre.

BAHAN PERISA:

  • Asam jawa
  • Gula melaka
  • Garam
  • Lada hitam untuk yang lepas bersalin boleh tambahkan ketika mengisar bahan ini nanti.

 CARA PENYEDIAAN

  1. Cuci bersih bersih kesemua bahan bahan.

2. Potong kecil kesemua bahan dan masukkan ke dalam mesin pengisar.

3. Masukkan air secukupnya untuk kisar bahan hingga sebati.

4. Selepas itu, tapiskan. Asingkan air dengan hampas. Hampas jangan buang. Boleh buat lulur badan nanti.

5. Ambil air yang sudah dikisar dan masukkan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Boleh tambah air ikut keperluan.

6. Semasa memasak, boleh ditambah perisa seperti asam jawa, gula melaka atau garam.

7. Ikut citarasa masing-masing ya.

8. Untuk mereka yang baru lepas bersalin, boleh tambah satu sudu kecil lada hitam yang telah ditumbuk. Lada hitam bagus untuk memanaskan badan.


CARA MINUM

  • Minum satu cawan pagi dan satu pada sebelah cawan malam.
  • Amalkan selepas makan. Jangan minum jamu ketika perut kosong.
  • Baki jamu boleh simpan dalam peti sejuk. Sebelum minum, panaskan hingga suam.
  • Boleh amalkan minum seminggu dua kali.
  • Untuk yang lepas bersalin, amalkan dua minggu selepas bersalin. Biar hormon badan lepas bersalin stabil dahulu sebelum amalkan jamu.
  • Rajinkan minum air suam ketika amalkan jamu supaya lawas.

KHASIAT

  • Memulihkan tenaga
  • Memanaskan badan
  • Melancarkan peredaran darah
  • Membuang angin
  • Atasi lenguh lenguh dan sengal badan
  • Mengurangkan bau badan
  • Mencuci dalaman badan dan menyah toksin
  • Menghilangkan keputihan
  • Memulihkan luka dalaman
  • Mengecutkan peranakkan
  • Melawaskan pembuangan
  • Menyerikan wajah
  • Mencantikkan kulit
  • Agen awet muda
  • Sesuai untuk wanita dan lelaki.

TIDAK SESUAI DIMINUM JIKA;

  • Ketika haid
  • Sedang hamil
  • Anak kuning / jaundis
  • Jika ada kencing manis, jangan letakkan gula melaka. Boleh gantikan dengan daun stevia kering.
  • Jika ada darah tinggi, jangan masukkan garam. Gula pun boleh kurangkan.

SUMBER: Amanda Tan

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda