WANITA selepas bersalin khususnya seringkali mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur. Yang lebih merisaukan kerana ada sesetengah tidak datang haid selama 1 tahun.

Bagi wanita yang belum bersalin pula, keadaan ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor antaranya masalah kesihatan.

Berikut adalah faktor yang menyumbang kepada masalah kitaran haid yang tidak teratur dan cara mengatasinya.

BACA>>> Perlukah Risau Bila Tidak Datang Haid Selepas Bersalin?

1. KEGEMUKAN

Berat badan berlebihan ataupun obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita. Ia seterusnya menyebabkan gangguan kepada kitaran haid.

2. KEHAMILAN

Haid tidak akan datang sekiranya anda positif hamil! Ini kerana ovum yang dikeluarkan pada kitaran haid sebelumnya telah disenyawakan.

3. BERLEBIHAN HORMON PROLAKTIN

Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid lewat untuk berbulan-bulan lamanya.

4. TERLALU KURUS

Tidak cukup lemak di dalam badan juga boleh mengganggu kitaran haid anda. Oleh itu, anda haruslah mempunyai berat badan yang sihat dan seimbang.

5. MASALAH KESIHATAN

Sakit secara tiba-tiba seperti demam, selsema ataupun penyakit yang memerlukan rawatan intensif mampu memberikan tekanan fizikal kepada tubuh dan sekaligus mengganggu kitaran haid.

6. MENOPAUS

Ia berlaku kepada wanita yang berusia lewat 40-an. Pada kebanyakan kes, haid akan semakin sedikit dan jarang-jarang berlaku.

7. PENCEGAH HAMIL

Pil atau ubat-ubatan hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon boleh menyebabkan gangguan haid. Terdapat sesetengah wanita yang tidak didatangi haid sepanjang menggunakan implanon.

8. TEKANAN DAN STRES

Stres atau tekanan dalam bentuk fizikal dan mental dari tempat kerja atau kehidupan seharian contohnya mampu mempengaruhi hormon dan seterusnya kitaran haid. Oleh itu, elakkan diri daripada berada di dalam keadaan tertekan sepanjang masa. Anda boleh mengurangkan stres dengan memanjakan diri di spa atau merancang percutian bersama keluarga.

9. PENYUSUAN BADAN

Sekiranya anda menyusukan bayi secara eksklusif, hormon di dalam badan anda lebih menyediakan badan anda untuk menghasilkan susu untuk si bayi. Terdapat sesetengah ibu menyusu yang langsung tidak didatangi haid sehingga 1 atau 2 tahun lamanya!

10. TERSILAP PENGIRAAN

40 peratus wanita didapati gagal mengingati tarikh hari pertama LMP mereka. Jumlah hari dalam kitaran mereka juga mungkin tidak tepat antara 28-35 hari. Ini boleh memanjangkan lagi kitaran untuk sampai ke ‘hari subur’ dan kesilapan menjangka kedatangan haid yang seterusnya.

11. MASALAH TYRPOID

Hormon yang dirembeskan oleh thyroid boleh menyebabkan gangguan kepada hormon badan, sekaligus kitaran haid wanita. Thyroid yang berada di bahagian tengkuk kita boleh menyebabkan pelbagai penyakit yang lain.

BACA>>> Tentang Haid yang Semua Wanita Perlu Ambil Tahu

CARA MENGATASI HAID TIDAK TERATUR

1. Jaga pemakanan dan amalkan diet seimbang
2. Kawal berat badan dan kekalkan berat badan yang sihat
3. Amalkan gaya hidup sihat
4. Elakkan stres

SUMBER: Dr Zubaidi Hj Ahmad

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda