BAYI di bawah 1 tahun memang kerap mengalami masalah selsema terutamanya mereka yang dihantar di taska. Kekerapan anak selsema makin merisaukan jika bayi demam setiap bulan.

Tahukah anda, ada cara yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan anak daripada terus mengalami selsema dengan mengamalkan beberapa perkara ini? Berikut adalah 10 langkah atasi anak kerap selsema untuk panduan semua.

BACA>>> 7 Tip Rawat Selsema Dan Batuk Bayi Semua Ibu Bapa Wajib Tahu!

10 TIP ATASI ANAK KERAP SELESEMA

Bagi kalian yang ada anak kecil, masalah ini sudah tentu menjadi kerisauan dan membimbangkan hati kita sebagai ibu bapa, ya tak?

Saya senaraikan 10 langkah yang kalian boleh lakukan di rumah:-

1. CUBA ELAK BUKA AIRCOND SEBELUM TIDUR

Ada anak yang tidak boleh kena kipas atau aircond secara berterusan. Maka mulalah hidungnya berair dan tersumbat-sumbat. Cuba cara ini, tengok ia membantu atau tidak.

2. KENAL PASTI PUNCA ANAK KITA ADA MASALAH HIDUNG

Anda boleh dapatkan temujanji dengan doktor untuk buat ujian allergik skin test. Dari situ anda mungkin akan menemui punca alahan anak anda. Mana tahu?

3. ELAK KAWASAN RAMAI ORANG. YANG INI BOLEH DIELAK

Terutama apabila nampak anak kita tidak berapa nak sihat. Cubalah elak kawasan yang ramai sangat orang. Virus mudah sangat berjangkit!

4. SISTEM UDARA DALAM RUMAH JUGA KENA BAIK

Pastikan ada ruang untuk udara keluar masuk dalam rumah kita. Tutup sahaja pintu dan tingkap juga tidak elok. Anak kita mungkin juga alah kepada habuk dan udara yang terkumpul di dalam rumah.

5. CUBA KAWAL MAKAN. INI JUGA PENTING

Penting sebab ada ramai pesakit saya yang mengadu masalah mereka menjadi lebih teruk lepas ambil budu, ada yang lepas ambil belacan, udang, ketam, ayam, telur, kekacang dan lain-lain. Ingat, setiap orang tak sama tindak balas kepada makanan-makanan ini!

6. ELAK KAWASAN BERHABUK

Kawasan pembinaan sangat tidak baik untuk anak-anak. Pastikan anda bawa mask ke mana-mana. Apabila lalu ke kawasan-kawasan ini, gunakanlah ia.

7. UBAT MAKAN ANTIHISTAMIN

Ya, ubat antihistamin seperti piriton, loratadine dan cetirizine(zyrtex) boleh mengurangkan simptom hidung yang disebabkan alahan iaitu allergic rhinitis. Perlu jumpa doktor dahulu!

8. NASAL SPRAY

Ubat spray hidung juga amat membantu. Ada beberapa jenis yang boleh digunakan, ikut kesesuaian. Anda dinasihat tidak terus membeli di farmasi. Dapatkan pemeriksaan bersama doktor dahulu.

BACA>>> Petua Atasi Masalah Hidung Bayi Tersumbat Ketika Selesema

9. RUJUKAN KE ENT KLINIK

Bagaimana caranya? Anda boleh minta surat rujukan daripada mana-mana klinik untuk dirujuk ke klinik pakar ent di hospital.

10. KONSISTEN DENGAN UBAT

Setelah ubat diberi oleh doktor, masih ada pesakit yang masih alami masalah mereka. Apabila ditanya, ubat pun on and off pakainya. Sebab itu, konsisten dalam penggunaan ubat yang diberi adalah amat penting.

Ada lagi nombor 11 dan seterusnya, tapi saya hentikan di sini. InshaAllah saya akan kongsi di lain tulisan.

Semoga nasihat ini berguna untuk kalian.

Jangan lupa SHARE dan klik SEE FIRST untuk lebih petua dan tip kesihatan daripada saya.

Dr Ezairy M Sallih
Doktor Otorinolaringologi (Ear, Nose & Throat – ENT)

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda