SUKA makan tomyam? Biasanya kalau hendak masak tomyam, kita mesti guna pes. Tetapi kali ini, kami kongsikan resepi tomyam putih versi tidak perlu pes. Dijamin kaw dan sedap! Sesiapa yang suka tomyam, boleh cuba resepi dikongsikan Puan Ruzana ini:


BAHAN-BAHAN:

  • 1 ½ ekor ayam (boleh guna bahan lain seperti sotong, udang atau daging)
  • 4 batang serai dipotong dan diketuk
  • 2-3 inci lengkuas diketuk
  • Sedikit asam jawa
  • Cili api (kalau suka pedas, boleh letak lebih)
  • Serbuk pati ayam
  • 5 sudu besar sos ikan
  • Daun limau perut
  • Limau nipis
  • Sedikit daun ketumbar

CARA MEMASAK:

Gambar sekadar hiasan
  • Cuci ayam hinga bersih
  • Masukkan air ke dalam periuk dan buka api sederhana
  • Setelah air mendidih, masukkan (ayam, serai, lengkuas, cili api, pati ayam dan sos ikan)
  • Selepas ayam masak, masukkan garam secukup rasa.
  • Tutup api, masukkan sedikit air perahan limau nipis.
  • Akhir sekali, masukkan daun ketumbar.
  • Siap dihidangkan dengan nasi panas!

KREDIT: PuanRuzana

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda