SOTONG goreng tepung yang rangup di luar dan lembut di dalam memang jadi kegilaan penggemar menu itu. Kepada yang mahu cuba resepi sotong goreng tepung yang rangup, boleh cuba resepi di bawah ini. Mudah, sedap dan confirm krup krap!


Bahan-Bahan:
– Sotong
– 1 cawan tepung gandum
– ½ cawan tepung jagung
– ¼ cawan tepung beras
– 1 sudu kecil garam
– 1 sudu kecil serbuk lada putih
– 1 sudu kecil serbuk lada hitam
– 1 biji telur
– Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara:
1. Toskan sotong hingga betul-betul kering.
2. Gaul sotong dengan sedikit garam; biarkan 10 minit.
3. Masukkan telur dan gaul.
4. Dalam mangkuk lain, gaul ketiga-tiga tepung bersama garam, lada putih dan lada hitam.
5. Celup sotong dalam tepung dan goreng.
6. Hidang!


RESEPI SOS TARTAR 

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan mayonis
  • 1/2 cawan jeruk gherkin (cincang halus)
  • 1 sudu kecil capers (cincang halus)
  • 2 sudu kecil mustard
  • 2 sudu kecil jus lemon
  • 6 titisan sos tabasco
  • 1/2 sudu lada putih
  • Garam secukup rasa

Cara-Cara:

Hanya gaul semua bahan di atas hingga sebati. Siap untuk dihidangkan, dan sedap kalau dimakan dengan sotong goreng tepung.

Selamat mencuba!

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda