PENCUCI mulut puding karamel memang meletop kalau menjadi! Selalu juga dapat resepi, tetapi puding tidak menjadi. Puding jadi berbuih dan bertekstur kasar. Puas juga mencuba bermacam-macam cara untuk mendapatkan puding yang licin, gebu dan halus, tetapi tetap tidak menjadi.

Artikel kali ini, kami akan berkongsikan resepi puding karamel terbaik yang confirm menjadi! Jom cuba!


Bahan-Bahan untuk Puding:

  • 5 biji telur saiz B (jika saiz A, guna 4 biji)
  • 1 tin susu cair (400ml)
  • 150ml air kosong
  • 4 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil esen vanila

Bahan-bahan Karamel:

  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air

Cara Sediakan Karamel:

Masukkan gula dan air ke dalam kuali. Hanguskan gula hingga keperangan, kemudian terus tuang ke dalam loyang.


Cara Sediakan Puding:

  • Satukan semua bahan puding (seperti di atas) ke dalam mangkuk.
  • Kacau secara perlahan, JANGAN sampai berbuih. Cukup sekadar pecah kuning telur dan sebatikan.
  • Kemudian tapi adunan tersebut dan tuang ke dalam loyang berisi karamel tadi.
  • Kukus selama 45 minit atau hingga masak.
  • Sejukkan kemudian terbalikkan.
  • Potong dan siap untuk dihidang!

SUMBER: HanaMemories

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda