IBU menyusu memang cepat rasa lapar dan dahaga. Tetapi pada masa sama mahu jaga bentuk badan dan kesihatan jugakan? Mahu juga makan sedap dan boleh kenyang lama. Jadi anda patut cuba resepi susu kocak atau milkshake ini!

Milkshake ini bukan saja sedap, tetapi dapat merangsang pengeluaran susu badan. Bahasa mediknya dipanggil milkbooster. 😉 Hah, jom cuba!


BAHAN-BAHAN

  • Seulas pisang, dibekukan semalaman
  • Setengah cawan oat segera
  • 2 ulas kurma
  • 2 sudu besar mentega kacang
  • 1 sudu besar flax seed (boleh dibeli di bahagian makanan organik)
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • ¾ cawan susu segar
  • 2 cawan ais

CARA PENYEDIAAN

  • Masukkan dahulu oat segera ke dalam pengisar. Kisar kasar, jangan sampai hancur.
  • Masukkan bahan selebihnya dan kisar hingga air hancur. Pastikan guna pengisar yang sesuai untuk buat ice blended.
  • Tuangkan ke dalam gelas dan hias dengan krim putar (whipped cream) dan serbuk koko. Siap untuk dihidang!

BAGAIMANA DAPAT BANTU IBU MENYUSU?

Oat dan biji flaks (flaxseed) ialah bahan yang mampu merangsang penghasilan susu ibu, manakala mentega kacang berfungsi sebagai pembekal protein supaya ibu menyusu rasa kenyang.

Jadi selain merangsang penghasilan susu, ibu pun boleh rasa kenyang lama. Milkshake ini sesuai diminum sebagai menu sarapan.

Selamat mencuba!

SUMBER: EllseeMalaysia

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda