LAUK paling mudah dan cepat. Jika dah bosan makan telur masin rebus tu, boleh olah dan jadikan kerabu telur masin. Simple dan mudah aj, tapi rasa menu ini memang luar biasa. Nikmati dengan nasi panas, fuhhh…padu beb! Makan dengan bubur pun sedap!

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji telur masin – rebus
  • 1 biji bawang besar – belah dua & hiris nipis
  • 8 biji cili padi – hiris
  • 5 sudu makan cuka
  • 2 sudu makan gula

CARA MEMASAK:

kerabu telur masin

  1. Belah telur masin dan korek isinya menggunakan sudu. Masukkan ke dalam mangkuk.
  2. Potong telur masin menggunakan sudu. Jangan terlalu kecil bagi elak ia hancur masa digaul.
  3. Seterusnya masukkan hirisan bawang, cili, gula dan cuka. Gaul hingga semua bahan sekata dan sebati.
  4. Sedia untuk dinikmati.

TIP TAMBAHAN: Kalau suka, boleh taburkan ikan bilis goreng rangup diatas kerabu untuk tambah kick! Memang sedap, sambil makan tu krup krap. Tapi pastikan ikan bilis itu dicuci bersih supaya tidak terlalu masin.

Mudah sahaja bukan? Rugi sangat kalau tidak cuba resepi hendak pikat hati suami dan keluarga. Selamat mencuba.

BACA >>> Resepi Homemade: Mayonis Sedap dan Jimat!

BACA >>> 15 Resepi Lauk Pauk Untuk Ibu Berpantang- Gerenti Sedap, Satu Keluarga Boleh Makan

1 KOMEN

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda