RUPANYA ada cara mudah untuk mak-mak buat sendiri mayonis di rumah. Pastinya ia lebih sedap, terjamin kebersihannya malah menjimatkan tidak perlu beli di kedai lagi.

Bukan apa, selalunya kita guna mayonis untuk jadi sos pencicah untuk nugget, sosej, kentang goreng mahupun dinikmati bersama salad, sandwich dan sebagainya. Bila dapat buat sendiri, rasanya lebih puas hati dan pastinya berbaloi, lebih-lebih lagi bila anak-anak pun suka.

Jom cuba!


BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji telur
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar air perahan lemon (Jika tiada lemon, boleh guna cuka masakan)
  • 1 sudu kecil mustard
  • 2 sudu besar gula
  • 300 ml minyak (Boleh guna apa-apa minyak. Tapi kalau nak sihat boleh guna minyak zaitun atau minyak sayuran).
  • Serbuk lada hitam (Jika sukakan pedas, boleh letak. Jika sukakan original, tidak perlu letak).

CARA PENYEDIAAN:

  1. Kisarkan telur, garam, air perahan lemon, mustad dan gula dalam mesin pengisar selama 10 saat.
  2. Tuangkan minyak sedikit demi sedikit ke dalam mesin pengisar hingga mayonis menjadi kental.
  3. Masukkan secubit lada hitam dan dikisar sebentar.
  4. Jika sukakan mayonis yang lebih manis, boleh tambah gula lagi.
  5. Siap. Bolehlah disimpan di dalam peti sejuk.

TIP TAMBAHAN:

  • Jika mahukan mayonis kita tahan beberapa bulan di dalam peti ais, pastikan semua peralatan yang digunakan dan bekas yang kita hendak simpan mayonis itu bersih dan kering dari sebarang air.
  • Satu resepi ini boleh dapat satu bekas kecil. Jika mahu buat stok banyak, boleh doublekan¬†resepi ni ok.
  • Telur pada suhu bilik. Jangan guna yang diambil dari peti ais itu ya.
  • Mustard jangan letak lebih. Nanti rasa akan jadi pelik.

Selamat mencuba!

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda