MUSIM durian tahun ini memang buat ramai teruja sebab harga jauh lebih murah berbanding sebelum ini. Bagi penggemar durian, pasti anda tidak mahu melepaskan peluang membeli durian sebanyak mungkin! Kalau yang ada dusun atau kebun, tentu lagi seronok dibuatnya.

Masa ini jugalah ibu-ibu sibuk mencuba pelbagai resepi berasaskan durian. Daripada bubur, pengat, kuih-muih hingga serawa dan sebagainya. Tetapi untuk kelainan, boleh cuba juga buat aiskrim durian sendiri di rumah. Mudah saja tau. Jom cuba!

Berikut resepi aiskrim durian lemak berkrim dikongsikan puan Syu Islamiah:


RESEPI AISKRIM DURIAN, HANYA GUNA MESIN PENGISAR!

BAHAN-BAHAN; 

  • 1 cawan isi durian (jika mahu rasa durian lebih kuat, boleh tambah ikut cita rasa).
  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu besar susu pekat (jika mahu lebih manis, boleh tambah lebih)
  • 1 sudu besar ovalette. Jika tidak ada, boleh guna 1 biji telur.
  • Sedikit pewarna kuning.

CARA PENYEDIAAN:

  1. Kisar semua bahan hingga hancur dan sebati.

2. Kemudian, guna mixer untuk kembangkan bahan yang telah dikisarkan tadi. Kepada yang tiada mixer, boleh kisar bahan tadi lebih lama (hingga kembang dan gebu).

3. Kemudian masukkan ke dalam bekas untuk disejukkan. Kira-kira muat untuk aiskrim 1.5 liter.

4. Simpan dalam peti sejuk hingga beku. Kemudian siap untuk dihidangkan!

Rupanya mudah saja hendak buat aiskrim durian sendiri di rumahkan? Rugi sangat kalau tidak cuba resepi ini.

SUMBER: SyuIslamiah

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda