Utama Bum Sana Sini Remaja 14 Tahun Mengaku Liwat Rakannya Dalam Tandas

Remaja 14 Tahun Mengaku Liwat Rakannya Dalam Tandas

127

KALI ini remaja usia 14 tahun pula mengaku bersalah telah meliwat rakannya minggu lalu. Mahkamah Sesyen telah menetapkan, 20 Disember depan bagi menjatuhkan hukuman ke atas pesalah.

Remaja berusia 14 tahun itu kemudiannya dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM2,000 oleh Hakim Noor Aini Yusof dan bapa tertuduh  membayar wang jaminan.

LIWAT RAKAN USIA 16 TAHUN

Pendakwaan di bawah Seksyen 377A kanun Keseksaan itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nazratul Nazrah Yusuf manakala remaja yang tidak lagi bersekolah itu tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, dia didakwa meliwat rakannya yang berusia 16 tahun dan bekerja sebagai pembantu kedai di dalam tandas sebuah pusat sukan di Mak Mandin pada pukul 9 pagi 18 Oktober lalu.

BACA>>>> Senarai 402 Sekolah di Malaysia Dengan Masalah Disiplin dan Dadah

SUMBERUtusan| BHarian

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda