SEPANJANG Ramadan, ada baik jika kita dapat kawal kemarahan dan kurangkan marah kepada anak. Tidak dapat dinafikan, kadangkala peel anak boleh mengundang kemarahan diri. Bagaimanapun, melepaskan kemarahan hanya akan buat kita dan anak terluka hati.

Jangan gunakan marah sebagai jalan penyelesaian. Tambahan lagi bulan mulia ini, jom kita sama-sama meredakan kemarahan yang meluap-luap. Berikut beberapa tip mengawal kemarahan yang boleh anda praktik:

1. Tarik nafas panjang dan lepaskan perlahan. Ini supaya oksigen dapat sampai ke kepala dan membuat kita mula berfikir lebih mendalam dan rasional.

2. Duduk dalam posisi badan tegak. Letakkan dua tangan atas paha, dan genggamkan tangan. Buka dan genggam tangan secara pantas sambil menarik nafas dalam. Ini membantu badan relaks dan dapat meredakan kemarahan.

2. Perlahankan atau hentikan pergerakan supaya kadar degupan jantung dapat diturunkan.

3. Kendurkan dan regangkan otot yang tegang akibat kemarahan melampau.

4. Buat sedikit lawak jenaka pasti minda akan lebih tenang. Secara tidak langsung, kemarahan akan reda.

5. Jika perlu, beralih dari persekitaran dan sumber yang boleh membuat kita marah. Keluar dari rumah, pasti itu akan buat emosi kita lebih baik.

6. Segera berselawat dan ambil wuduk. Pasti hati akan sejuk dan kemarahan reda.

7. Berfikirlah secara rasional dan positif sebaik saja oksigen mula masuk ke dalam kepala. Secara perlahan-lahan cuba kawal kemarahan.

8. Cuba bayangkan apa perasaan anak yang dimarahi. Fikirkan saat-saat indah bersama dia, dan kemarahan kita akan mula reda.

9. Fikirkan akibat jika kita marah. Perasaan anak akan terguris, kita juga akan rasa tidak seronok. Lebih baik, tegurlah anak secara baik supaya kasih sayang semakin erat.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda