JENAMA penjagaan bayi terkemuka, Johnson’s menganjurkan Peraduan Baby of the Year Contest 2018 yang dibuka kepada bayi berusia awal 1 hari hingga 6 tahun dengan hadiah menarik bernilai hingga RM80,000.

Tema peraduan kali ini adalah “The Royal Celebration for Johnson’s 125
Years with Your Princes & Princesses” sempena sambutan ulang tahun ke-125 Johnson’s.

Bagi menyertai peraduan ini, ibu bapa boleh menggunakan sticker GIF dan bingkai foto elektronik yang telah disediakan dalam 4 tema iaitu Royal Adventure, Magical Snow, Stardust Fairies dan Modern Monarchy.

BACA>>> Cuba 6 Tip Mudah Ini untuk Lebatkan Rambut Si Kecil

HADIAH MENANTI PEMENANG

Bagi peraduan ini, Johnson’s menawarkan pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM80,000.

Pasangan putera dan puteri akan dipilih sebagai pemenang bagi setiap kategori iaitu:

  • 0 – 12 Bulan
  • 1 – 3 tahun
  • 4 – 6 tahun

Setiap pemenang akan membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000 dan hamper Johnson’s bernilai RM400.

Lebih menarik lagi, pemenang akan dianugerahkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan seumur hidup, iaitu akan dipaparkan di muka depan majalah.

10 pemegang hadiah sagu hati juga akan dipilih daripada setiap kategori dan mereka akan menerima wang tunai bernilai RM500 dan hamper Johnson’s ® bernilai RM400 bagi setiap pemenang.

BACA>>> 10 Cara Eratkan Hubungan dengan Anak

BAGAIMANA CARA UNTUK MENYERTAI PERADUAN

1. Beli mana-mana produk bayi Johnson’s mulai 1 September 2018 hingga 31 Oktober 2018.
2. Ambil gambar si manja mereka yang comel. Kemudian, layari www.johnsonsbaby.com.my/boty2018.
3. Pilih bingkai foto dan sticker bertemakan istana yang anda suka untuk menghias foto si putera dan si puteri anda, kemudian muat naik gambar.
4. Lengkapkan borang dan hantarkan penyertaan anda.

Itu sahaja! Mudah kan? Anak anda mungkin berpeluang untuk diberi gelaran sebagai
Putera atau Puteri Johnson’s kali ini.

Ibu bapa boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang anda mahu, jadi mengambil gambar sebanyak mungkin.

Dalam proses pemilihan, 36 penyertaan akan disenarai pendekkan (12 penyertaan daripada setiap kategori) dan akan dimuat naik ke laman Facebook Johnson’s untuk
diundi oleh pengguna. Layari laman media sosial Johnson’s untuk menyemak sama ada anak anda terpilih.

Jadi, mak ayah apa tunggu lagi! Rebut peluang ini dengan menghantar penyertaan anda di www.johnsonbaby.com.my/boty2018 dari 1 September 2018 hingga 31
Oktober 2018.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda