ASAL kaki melangkah masuk ke rumah aja, mula lah rasa bosan dan serabut. Itu yang jadi suami malas hendak balik ke rumah selepas kerja. Katanya, lebih suka melepak dengan kawan di kedai mamak.

Puncanya? Hati tidak ada rasa seronok untuk pulang ke rumah. Jika ini yang berlaku, jangan biarkan ia berlarutan.

Si isteri juga sama. Asal pulang ke rumah berserabut hatinya. Asyik marah dan tiada mood. Mungkin dia keletihan dengan keadaan rumah, suami, anak dan masalah di tempat kerja. Kalau di pejabat stres, di rumah pun stres…di mana tempat kita untuk bertenang?

Cuba jadikan rumah sebagai tempat yang boleh tenangkan hati kita. Bagaimana hendak jadikan rumahku syurgaku?

5 TIP JADIKAN RUMAH LEBIH SEJUK DAN TENANG

1. JANGAN BAWA BALIK KERJA KE RUMAH

Jangan masuk rumah dengan membawa keserabutan daripada pejabat dan tempat kerja. Tenangkan diri dan buat Deep Breathing sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

Jangan bawa masuk stres kerja ke dalam rumah hingga anak dan pasangan pun kena tempiasnya.

2. BACA DOA SEBELUM MASUK RUMAH

Set minda kita bahawa kita sedang memasuki ‘ zon keberkatan dan kebahagiaan ‘. Latih juga pemikiran ini pada anak bahawa rumah ni adalah tempat yang penuh dengan kebahagiaan. Baru la anak kita tidak merapu mencari kebahagiaan di luar rumah!

BACA>>>> Doktor Kongsi Cara Buat Kerja Rumah Sambil Bersenam dengan Betul

3. LATIH ANAK DI RUMAH

  •  Bila sudah habis main, di mana dia perlu simpan mainannya.
  • Selepas buka baju, ke mana anak patut letak kaji baju kotor itu.
  • Selepas mandi, di mana hendak gantung tuala.
  • Bila sudah makan, cuci pinggang dan simpan di tempat yang sepatutnya.

Bukan rumah setakat kurang bersepah, kemahiran anak pun kita boleh asah!

4. HADKAN MAINAN DI RUMAH

Mainan yang lebih sedikit membuatkan anak kita lebih fokus. Bila mainan terlampau banyak, bukan kita aja yang pening. Anak pun naik pening hendak memilih!

5. KEMAHIRAN MEMAHAMI PASANGAN

Kita harus mahir membaca raut wajah, nada suara dan bahasa tubuh pasangan kita

Kita perlu faham, masa pasangan mahu bagitahu sesuatu :

  • 7 peratus sahaja yang sampai melalui perkataan ( verbal communication )
  • 38 peratus maksud perkataan itu terkandung dalam nada suara
  • 55 peratus maksud perkataan itu terkandung dalam gerakan tubuh dan mimik muka.

Bila isteri kata ” Takpa. Saya ok aja. Abang rehat la “.

Jangan terus percaya! Itu baru 7 peratus daripada hal yang sebenar!

Lihat dahulu raut wajahnya, ada tidak tanda redup akibat kepenatan? Dengar dahulu nada suara dia, ada tidak suaranya mendatar akibat cuba menyorokkkan stres yang melampau?

Bila kita dah mula pandai baca bahasa tubuh pasangan, insyaAllah ni la baru dikatakan rumahku syurgaku.

BACA>>>> Inilah Rahsia Besar Cipta Hubungan Cinta dalam Rumah Tangga

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda