ADUH sakitnya rasa payudara bila hendak menyusu. Bengkak susu adalah apabila payudara mengeras tapi susu tidak mahu keluar atau sedikit saja.

Disebabkan itu, apakah cara hilangkan bengkak susu ini? Bemula dengan masalah susu ibu kurang, payudara rasa sakit, puting luka sehingga payudara membengkak.

APA ITU BENGKAK SUSU?

  • Satu keadaan apabila payudara membengkak akibat susu ibu berlebihan dan tidak dikeluarkan. Jika ia terjadi, payudara rasa sakit akibat mengeras.
  • Hal ini berlaku apabila susu ibu keluar secara berlebihan namun bayi hanya menyusu sedikit saja. Akibatnya, payudara ibu keras dan bengkak. Kemudian, ibu akan sedikit sukar untuk menyusukan bayi disebabkan bengkak itu.

PUNCA 

  • Susu ibu keluar dengan banyak di hari pertama kelahiran tapi bayi masih belum menyusu .
  • Ibu berhenti menyusu secara tiba-tiba
  • Bayi kurang menyusu mungkin disebabkan tidak sihat atau sudah mula diperkenalkan dengan susu formula.

BACA>>>> 7 Tip Turunkan Berat Badan Ketika Menyusukan Anak


7 PETUA HILANGKAN SAKIT BENGKAK SUSU

1. KOBIS

Gunakan kobis sejuk yang diletak di atas payudara yang bengkak. Tapi jangan terlalu lama, sebab dipercayai akan mengeringkan susu.

2. SIKAT RAMBUT

Urut bahagian yang bengkak menggunakan sikat rambut. Caranya ialah urut menghala ke arah puting dan ulang beberapa kali..

3. UBI KAYU

Potong ubi dan rendam di dalam air 15 hingga 20 minit, kemudian letak di kawasan payudara yang sakit 15 ke 20 minit lagi.

4. SUSU BADAN

Sapu susu ibu sendiri di kawasan puting merekah dan mastitis.

5. KERAP MENYUSU

Susukan bayi dengan lebih kerap iaitu setiap setiap 2 ke 3 jam hingga kedua-dua belah payudara kosong. Jika bayi tidur, kejutkan dia untuk bangun menyusu.

6. BRA SESUAI

Pakai bra menyusu untuk menyokong payudara setiap masa termasuk waktu tidur. Pastikan ia benar-benar padan.

7. POSISI BAYI DAN URUTAN

Ketika menyusukan bayi, urut payudara dengan lembut dan perlahan-lahan bagi membantu melancarkan pengaliran susu. Pastikan kedudukan bayi betul untuk lekapan penuh.

BACA>>>> Makanan Kesukaan Ibu Menyusu Boleh Jadi Milk Booster? Baca Penjelasan Doktor Ini…

SUMBERTheAsianParent

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda