SEMASA kehamilan, bukan fizikal sahaja yang akan berubah, malah emosi juga akan turut terkena tempiasnya. Semakin bertambah usia kehamilan, semakin mudah kita untuk berasa letih dan lesu.

Jika kita mematuhi pelan pemakanan semasa hamil, melakukan senaman yang teratur dan mendapat rehat yang secukupnya, tubuh pasti terasa begitu selesa. Namun, pada masa yang sama, kita masih akan berasa cepat letih dan lesu kerana tubuh sedang menyesuaikan diri dengan perubahan dan hormon kehamilan yang berlaku.

Jika perkara ini berterusan setiap hari, ini boleh jadi masalah bagi ibu yang bekerja. Bagi membantu ibu mengatasi rasa letih badan semasa hamil, kami senaraikan makanan yang dapat memastikan tubuh ibu tidak lesu dan sentiasa mendapat air yang mencukupi.

8 MAKANAN BANTU IBU HAMIL KEKAL HIDRAT DAN BERTENAGA

1. STRAWBERI

Buah strawberi bukan sahaja mengandungi khasiat malah ia membekalkan 91 peratus air. Jika rasa mual hendak makan buah strawberi begitu sahaja, apa kata ibu cuba celupkan dengan coklat cair..yumm….! Atau, boleh dicampurkan ke dalam makanan seperti salad, yogurt, smoothie, bijirin dan banyak lagi.

2. BIJIRIN PENUH

Bijirin penuh seperti kuinoa, beras perang, oat, gandum dan jagung adalalah sumber tenaga yang baik. Ia mengandungi vitamin B yang membantu membekalkan tisu dan metabolisme tenaga, termasuklah pembentukan sel darah merah.

Bijirin penuh juga dilengkapi dengn serat yang memastikan tahap gula dalam darah stabil dan membekalkan anda tenaga yang berpanjangan. Jika ibu rasa susah hendak makan oat kosong, ibu boleh juga boleh cuba resepi overnight oat.

3. AIR KOSONG DAN TEH HIJAU

Mulakan hari dengan minum segelas air kosong untuk meningkatkan hidrasi. Teh hijau pula menyedikan sumber antioksidan yang baik bagi membantu anda kekal hidrat. Jika saya, saya amalkan minum teh hijau Jepun.

4. YOGURT ASLI

Yogurt asli adalah sumber probiotik yang membantu mengekalkan penghadaman yang sihat serta memastikan kesihatan seluruh tubuh ibu hamil. Makanan lain yang mengandungi probiotik termasuklah sup miso dan kimchi.

Untuk hidangan yogurt, ibu boleh campur bersama hirisan buah segar seperti kiwi, buah beri, oren, pisang dan lain-lain lagi. Ini boleh ikut citarasa masing-masing ya.

5. BUAH TEMBIKAI

Mengandungi 92 pertaus air, tembikai adalah pilihan buah-buahan terbaik untuk memastikan tubuh hidrat sepanjang hari. Hiris buah tembikau, kemudian campurkan sedikit daun pudina. Memang hilang rasa dahaga dan segar sepanjang hari!

6. TELUR DAN DAGING PEJAL

Telur dan daging pejal merupakan makanan yang kaya dengan protein dan zati besi yang menyokong pembentukan tisu dan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan tenaga ibu hamil berkurangan.

Makanan ini juga merupakan sumber lemak yang berfungsi membantu penyerapan vitamin larut lemak, yang merupakan bahan penting antioksidan.

Jika diikutkan, ibu hamil perlu elakkan makan telur separuh masak. Kenapa tidak boleh? Baca penjelasan oleh Dr. Taufiq ‘Telur Mata Goyang’ Bahaya untuk Ibu Hamil, Boleh Sebabkan Keguguran?

7. TIMUN

Turut mengandungi  air sebanyak 95 peratus. Makanlah timun dengan hidangan salad, nasi ataupun buatlah jus timun! Lagi sedap jadikan timun sebagai ulam, cicah dengan sambal belacan atau budu!

8. KEKACANG

Kekacang seperti lentil dan kacang kuda adalah kaya dengan serat dan rendah GI. Ia berfungsi untuk memberi tenaga yang berpanjangan dan menstabilkan tahap gula dalam darah.

Kekacang juga merupakan sumber probiotik dan protein yang baik. Ia juga membantu membina tisu seperti otot serta membina antibodi untuk meningkatkan metabolisme badan dan sistem imun tubuh.

Jika mahu anak putih gebu, baca artikel berkaitan makanan yang boleh membantu dapatkan anak putih gebu 10 Makanan Ibu Hamil untuk Dapatkan Bayi Putih Gebu.

Selamat mencuba!

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda