SIKAP sering menyalahkan anak sulung tanpa usul periksa boleh dikategorikan sebagai pilih kasih dan tidak adil dalam mendidik anak. Sedarkah kita sikap itu boleh memberikan kesan negatif terhadap perkembangan emosi dan mental anak?

Mari baca perkongsian Dr Taufiq Raziq dalam status laman Facebook tentang 5 tanda yang menunjukkan bahawa kita sedang berlaku tidak adil terhadap anak.

* Status di bawah disunting mengikut skema penulisan kami tanpa menjejaskan maksud sebenar kandungan asal. Status asal boleh dibaca pada pautan di akhir artikel. Harap maklum.


Tanda Ibu Bapa Sudah Mula Tidak Adil dengan Anak

1. NADA DAN INTONASI SUARA BERBEZA APABILA BERCAKAP DENGAN ANAK LAIN

Ada anak asyik kena tengking dan bebel saja walaupun tidak buat salah! Padahal ada juga adik-beradik yang suka buat salah, tetapi ibu bapanya masih mengekalkan nada suara lembut dan perlahan.

2. HANYA PANDANG SKOR ANAK

Anak skor A lebih diberikan pujian berbanding anak yang skor C. Padahal mungkin anak skor C itu sudah bermati-matian belajar, cuma mungkin anak itu dalam kategori LATE BOOMERS, yang mana memerlukan masa sedikit lama untuk perform dan skor dalam pelajaran.

3. MENGAGUNGKAN ANAK TERTENTU DI DEPAN ADIK-BERADIK

Anak yang lebih berharta dan lebih tinggi prestasi akademik dipuji secara berlebihan di depan adik-beradiknya. Mula-mula, anak lain mungkin akan turut termotivasi. Tetapi jika terlalu berlebihan, keyakinan diri anak lain akan mula merosot dan rasa diri tidak berguna akan mula muncul dalam diri mereka.

4. MELEBIHKAN EYE CONTACT KEPADA ANAK TERTENTU

Tanpa sedar hubungan mata atau eye contact ibu bapa lebih banyak kepada anak tertentu sahaja. Anak kita sebenarnya sensitif dan tahu bilakah ibu bapanya melebihkan atau mengurangkan eye contact kepada diri mereka. Kurangnya eye contact bermakna kurangnya ikatan emosi ibu bapa kepada anak.

5. MELEBIHI SI ADIK DARIPADA ABANG DAN KAKAK

Adik yang dimanja berlebihan akan dianggap ancaman terhadap abang dan kakaknya. Walaupun si adik kelihatan lebih memerlukan perhatian, tetapi jangan sampai si kakak dan abang disisihkan. Kita tidak mahu cemburu sesama adik-beradik bertukar menjadi sengketa dan perbalahan apabila meningkat dewasa.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda