IBU yang tiada pengalaman bersalin mesti gementar menunggu detik hendak bersalin. Fuhh… apa tidaknya, pengalaman belum ada. Sakit sangatkah? Macam mana hendak meneran? Macam mana kalau letih?

OK, jangan panik! Jom kita sama-sama belajar cara dan teknik meneran bersalin dengan betul supaya nanti tidaklah rasa terlampau letih. Ibu yang pertama kali bersalin normal memang mengalami sedikit kesukaran kerana masih tiada ‘laluan’ bayi keluar. Bagaimanapun, kita sudah boleh mula berlatih teknik meneran yang betul.

  1. Angkat kepala hingga dagu merapati dada.
  2. Mata memandang bahagian perut.
  3. Kedua-dua belah tangan mesti pegang kaki.
  4. Boleh keluarkan suara sikit, tetapi jangan sampai menjerit.
  5. Jangan sesekali angkat punggung supaya dubur tidak luka nanti.
  6. Tarik nafas dalam-dalam. Teran seperti mahu buang air besar.
  7. Jangan hembus nafas dengan kuat (untuk kurangkan penat).
  8. Cuba teran sekuat mungkin dan selama mungkin, misalnya dalam masa 10 saat. Kemudian curi nafas dan sambung semula meneran sekiranya ada rasa kontraksi.
  9. Rehat dan tenang apabila kontraksi hilang. Minta bantuan suami untuk basahkan bibir dengan air.
  10. Curi nafas dan teruskan meneran setiap kali rasa kontraksi.
  11. Dengar arahan jururawat dan doktor.
  12. Elakkan menjerit supaya tidak membazirkan tenaga.

TIP TAMBAHAN

  1. Pastikan ada cukup tenaga untuk meneran. Makan makanan yang boleh berikan tenaga seperti kurma, coklat, dan badam.
  2. Jangan bernafas laju kerana boleh buat jantung bertambah laju dan kepenatan.
  3. Jangan jerit! Jimatkan tenaga dan guna sepenuhnya untuk meneran sekuat mungkin.
  4. Jangan panik dan meneran semasa kontraksi hilang.
  5. Cara betul meneran adalah seperti hendak buang air besar.
  6. Elakkan meneran bahagian muka. Sudahlah sakit, penat tau!
  7. Paling penting sekali, JANGAN PUTUS ASA OK!

Proses meneran boleh dibuat selama 1 jam bagi ibu yang pertama kali bersalin dan 30 minit bagi ibu berpengalaman dan cardiotocography (CTG) masih aktif.

Semoga bermanfaat kepada ibu yang hendak bersalin nanti. Harap semuanya selamat dan dipermudahkan.

SUMBER: AllinaHealth | AyuRosman

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda