MEMETIK laporan Berita Harian, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membuat kajian menyeluruh terhadap keperluan dan masalah membabitkan pusat asuhan kanak-kanak.

5 LAPORAN KES DERA BAYI

Ketua Biro Wanita (PPIM), Suraya Ali berkata, pihaknya sudah menerima 5 aduan daripada ibu bapa mengenai kes penderaan anak kecil. Tiga daripada aduan itu membabitkan kematian: 1 kes kecederaan kekal, dan 1 kecederaan tidak kekal membabitkan bayi berusia 5 hingga 7 bulan.

GESA KEMENTERIAN SEGERA AMBIL TINDAKAN

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, kajian menyeluruh penting supaya kes penderaan melibatkan kanak-kanak di pusat jagaan kanak-kanak tidak berulang lagi selain pemeriksaan lebih tegas terhadap sijil layak menduduki (CF) di semua pusat asuhan berdaftar.

“Kita minta kementerian yang berkenaan beri tumpuan luar biasa terhadap isu penderaan hingga mengakibatkan kematian kanak-kanak, termasuk di pusat asuhan tidak berdaftar.

“Kita tidak mahu kes seperti ini terus berulang kerana sudah ramai ibu bapa berdepan masalah sama, tetapi tidak dapat pembelaan sewajarnya daripada pihak berkuasa,” kata Nadzim.

Jika diimbas kembali, banyak sebenarnya kes dera hingga maut terjadi dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini. Perkara sebegini juga membuatkan kita berasa gundah gulana untuk hantar anak ke rumah pengasuh atau pusat jagaan kanak-kanak.

BACA >>> Amalkan Doa Ini JIka Hati Rasa Berat Tinggalkan Anak di Rumah Pengasuh

SUMBER: BHarian

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda