POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan pantau pusat jagaan kanak-kanak yang dikendalikan syarikat dan individu bagi mengelakkan kejadian kematian akibat didera pengasuh atau ahli keluarganya berulang pada masa hadapan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata pihaknya memandang serius kejadian terbabit yang kerap berlaku sejak kebelakangan. Kes terbaru membabitkan kematian bayi berusia 11 bulan, Nur Muarzara Ulfa Muhammad Zainal di Bandar Baru Bangi, Selangor.

BACA>>>> Pengasuh Zara Juga Harus Dihukum, Pengajaran Buat Semua – Persatuan Pengasuh

PANTAU PUSAT JAGAAN

Katanya, kejadian itu adalah peringatan kepada polis untuk bertindak dan pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta agensi kerajaan lain bagi memantau semua pusat jagaan sama ada berdaftar atau tidak.

“Kita boleh membantu berkaitan maklumat sama ada pengasuh terbabit atau keluarganya pernah terbabit dengan jenayah atau pun penagih dadah seperti berlaku dalam kes-kes (dera) sebelum ini.

“Memang sebelum ini kita ada membantu dengan menjalankan siasatan dan membawa pesalah ke muka pengadilan tetapi polis mahu ke peringkat seterusnya sebagai langkah pencegahan,” katanya pada media selepas merasmikan penutupan Persidangan Tahunan Persatuan Polis Bantuan Malaysia ke-30 di sini, hari ini.

DIDERA SECARA FIZIKAL

Nur Muazara Ulfa meninggal dunia pada Jumaat lalu selepas dua hari berada dalam keadaan kritikal di Hospital Serdang, Selangor yang membangkitkan kemarahan orang ramai.

Bayi dilahirkan pada 10 Disember 2017 itu dipercayai didera secara fizikal dan seksual oleh suami kepada pengasuhnya selepas pemeriksaan mendapati ada kesan koyakan pada kemaluan dan dubur mangsa.

Laporan bedah siasat pula mendapati kematian mangsa disebabkan kesan objek tumpul di kepala dengan tempurung kepala bayi itu pecah selain ada kesan lebam bahagian atas kepala mangsa.

BACA>>>> Kanak-Kanak Perempuan Didakwa Bunuh Bayi 6 Bulan Dengan Memijak Kepala!

IBU BAPA PERLU LEBIH TELITI

Noor Rashid berkata, ibu bapa dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan lebih teliti dalam memilih pengasuh kanak-kanak dengan melihat latar belakangnya.

“Kadang kala mereka tidak tahu siapa menjaga anak mereka dan ada ahli keluarga pengasuh yang tinggal bersama ada rekod jenayah tidak diketahuinya.

“Kena tahu siapa sebenarnya menjaga anak mereka, banyak kes berlaku terutamanya membabitkan ibu bapa menghantar anak-anak ke pengasuh persendirian (bukan pusat jagaan)…tidak tahu dengan siapa berurusan,” katanya.

BACA>>>> Ibu Zara Reda Tetapi Hati Tidak Tenang Selagi Pelaku Tidak Dijatuhkan Hukuman

SUMBERBHarian

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda