KITA kerap mendengar kes kes angin pasang berlaku pada orang dewasa dan kanak kanak. Kes angin pasang kanak-kanak berlaku dengan kekerapan 3 hingga 5 kes dari setiap 100 kelahiran.

Tapi tahukah anda sebenarnya ia juga boleh berlaku kepada bayi perempuan. Bagaimanapun, ibu bapa tidak perlu begitu risau kerana hernia atau angin pasang ini mudah dirawat, terutamanya jika ia dikesan sejak awal. Bahkan, ia adalah antara pembedahan yang paling kerap dijalankan terhadap kanak-kanak.

Jom ikuti petua untuk hilangkan angin pasang bayi bayi;

1. TUAM

Bagi bayi lelaki, ketika berusia tidak sampai sebulan lagi, tuamkan bahagian bawah kemaluannya dan perutnya dengan jintan hitam. Ini untuk mengelakkan bayi dari mendapat kembung dan penyakit pasang.

2. VICKS

Bagi bayi lelaki, selepas dimandikan, sapukan sedikit Vicks di bawah kemaluannya. Ini untuk menghindar dari penyakit pasang.

3. DAUN SIRIH

Gunakan daun sirih yang dilayur di atas tudung periuk dan sapu sedikit dengan minyak kelapa . Agak-agak suam, demah atau tuam pada sekitar perut, pusat, ari-ari dan di sekitar kemaluan bayi (terutama bayi lelaki yang selalu diserang angin pasang).

4. HERBA JINTAN

Gunakan ramuan herba jintan yang dicampur dengan beberapa herba yang lain. Masukkan ke dalam ikatan kain (seperti ikatan sup bunjut). Panaskan di atas tudung periuk dan agak-agak suam, tuam di kawasan seperti yang disebutkan.

5. LADA HITAM DAN BIJI SAWI

Tuam guna lada hitam atau biji sawi yang digoreng dalam kuali tanpa minyak. Selepas itu bungkus dengan kain, barulah tuam pada sekitar perut, pusat, ari-ari dan di sekitar kemaluan bayi. Lakukan setiap hari selepas mandikan waktu pagi atau petang.

6. PASIR 

Tuam dengan pasir yang dicampur halba yang dipanaskan atas api dalam periuk. Jangan panaskan terlalu lama, lebih kurang 1 hingga 2 minit sahaja.

Seterusnya, masukkan dalam kain, buat macam bunjut dan ikat terus. Tuam perut bayi dengan telur dia sekali secara menaik. Maksudnya, tuam telur bayi dari bawah dan angkat ke atas guna bunjut tersebut.

7. CELUP DAUN SIRIH DALAM AIR SUAM

Celupkan daun sirih dalam air suam dan selawat dan tekap-tekap pada bahagian zakarnya. Seterusnya urut secara menurun dari pinggang (buat dalam keadaan kedua-dua belah tangan terbuka) ke tepi kelengkang bayi. Guna minyak bayi supaya bayi selesa.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda