PELUH dan habuk yang melekat di permukaan kulit saban hari mampu membuatkan penampilan kulit kelihatan kusam dan lebih parah apabila ia meninggalkan kesam lebam dan kehitaman dipanggil daki.

Daki adalah apabila kotoran yang sudah bercampur peluh dan sel kulit mati bergabung, melekat pada permukaan kulit lalu mengeras dan sukar untuk dihilangkan biarpun sudah dibasuh dan diskrub berulang kali.

Berikut merupakan 2 petua tradisional paling mudah dan jimat jika hendak hilangkan daki.

BACA>>>> Jejaka Ini Kongsi Tip Dapatkan Wajah Cantik dengan Amal ‘Mask Kunyit’

PETUA HILANGKAN DAKI DI BADAN

1. DAUN SIRIH DAN BERAS

  • Kisar segenggam beras sehingga halus.
  • Kemudian, tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat.
  • Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati.
  • Sebelum mandi, lumurkan dahulu campuran sirih dan beras tadi ke seluruh tubuh badan.
  • Kemudian gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang telah dilumur tanggal dari badan.
  • Petua ini bukan sahaja menjadikan kulit badan anda halus, malahan ia juga akan membantu menanggalkan daki dan mengharumkan serta menyegarkan bau badan anda.

2. BERAS, KUNYIT, DAN ASAM JAWA

  • Goreng beras tanpa minyak sehingga keperang-perangan, kemudian dikisar.
  • Tumbuk hingga hancur 1 inci kunyit hidup.
  • Kemudian gaulkan beras dan kunyit tadi bersama-sama segenggam asam jawa yang telah dibancuh dengan sedikit air.
  • Ramuan ini perlu diperapkan dahulu selama lebih kurang sejam.
  • Apabila hendak mandi, gosokkan bahan-bahan tadi ke seluruh badan selama 5 minit.
  • Bahan-bahan ini berupaya untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dan juga daki.
  • Kemudian bilas dengan menggunakan air biasa. Petua ini elok jika diamalkan seminggu sekali.

Jadi, sesiapa yang buntu tidak jumpa cara berkesan untuk hilangkan daki tu, bolehlah guna cara ini. Jika diamalkan selalu, tidak mustahil kulit boleh licin dan bersih!

BACA>>>> Buat Ibu-Ibu Usia 40-An, Ini Rahsianya Untuk Hilangkan Bintik Hitam Pada Wajah

SUMBERPetua Ibu

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda