RAMAI mahu merancang keluarga tetapi tidak selesa dengan kaedah perancangan moden yang disarankan. Biasanya, kita akan berjumpa doktor ataupun mengambil pil perancang. Bagaimanapun, ada kalangan kita yang risau dengan kesan sampingan pengambil pil perancang untuk jangka masa panjang.

Terdapat pelbagai tradisional yang bermanfaat untuk kesihatan dan cegah kehamilan. Kali ini, kami ingin berkongsi petua tradisional yang boleh cegah kehamilan dengan mujarab dan mudah!


Bahan-Bahan:

  • 10 biji lada hitam
  • Lengkuas sebesar ibu jari
  • 1/4 keping ragi
  • Air perahan limau nipis

Cara Penyediaan:

Tumbuk halus semua bahan di atas dan campur ke dalam air suam. Kemudian, boleh terus minum! Sebaiknya diminum selepas tamat haid untuk mengelakkan kehamilan. Ia juga dikatakan baik diminum sebelum tidur. Boleh amal minum air ramuan ini sebulan sekali.

Bagaimanapun, HARUS DIINGATKAN, wanita hamil tidak boleh minum ramuan tradisional ini kerana ada risiko keguguran. Ramuan ini hanya sesuai untuk wanita sebelum hamil dan mahu mencegah kehamilan. Jika sudah hamil, jangan pula sesekali minum air ramuan ini!

 SUMBER: PetuaIbu

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda