SALAH satu perkara yang paling sukar dilalui oleh ibu bapa baru ialah apabila bayi anda mendapat selesema buat pertama kali.

Bayi akan berasa tidak selesa, tersenguk-sengak dan sukar untuk menyusu. Memang tidak senang hati kita melihatnya. Bagaimanapun, banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan ketidakselesaan bayi.

Pakar menganggarkan bahawa bayi anda akan menghidapi selesema sebanyak 8 hingga 10 kali dalam masa dua tahun pertamanya.

APA PUNCA SELESEMA?

  • Selesema ialah jangkitan bahagian atas saluran pernafasan berpunca dari pelbagai jenis virus.
  • Selalunya selesema merebak apabila seseorang yang menghidapi selesema itu bersin dan menyebarkan virus selesema ke udara untuk dijangkiti oleh orang lain.
  • Ia juga boleh disebarkan melalui sentuhan tangan, jadi elok jika anda sentiasa membasuh tangan selepas menghembus hidung.
  • Bayi cenderung untuk dijangkiti selesema dengan kerap sebab mereka dilahirkan dengan sistem imuniti yang hanya berfungsi sebanyak 60 peratus.

BAGAIMANA SELESEMA MENJEJASKAN BAYI?

  • Tiada perkara yang lebih mengharukan daripada bayi yang menghidapi selesema.
  • Bayi yang sakit mungkin akan menghidapi demam (sehingga 38 darjah C), batuk, mata merah, sakit tekak dan hidung berair.
  • Bayi juga akan meragam dan hilang selera makan.
  • Bayi di bawah usia enam bulan tidak boleh bernafas melalui hidung mereka apabila mereka sakit, jadi mereka akan mempunyai masalah untuk bernafas dan makan.
  • Kanak-kanak masih tidak bersedia untuk menghembus hidung mereka sehingga usia 4 tahun, jadi anda perlu membantu mengeluarkan mukus mereka.

Mak-mak mesti tidak dapat tidur pada kebiasaanya apabila anak yang masih kecil terkena selsema. Biasalah bayi akan meragam punya bila dia dah rasa tak selesa dek hidungnya yang tersumbat.

PETUA URUT BAYI UNTUK HILANGKAN HIDUNG TERSUMBAT

Sebenarnya teknik urutan pun dapat membantu untuk atasi masalah hidung bayi tersumbat ketika selesema. Ibu-ibu mesti baca ini sebab kena tahu teknik urut.

Paling menarik, tidak perlu lama sangat, hanya luangkan masa sekejap sudah memadai.

Barang yang perlu disediakan adalah:

  1. Krim bayi atau
  2. Minyak telon

LANGKAH 1


Baringkan bayi dan ratakan krim bayi pada tangan ibu. Letakkan tangan pada dada bayi lalu gosok dengan gerakan bentuk hati.

LANGKAH 2


Selepas itu gosok bahagian dada bayi dengan gerakan tangan menyilang secara berganti-ganti.

LANGKAH 3


Akhir sekali, letakkan kedua jari telunjuk ibu pada bahagian atas hidung bayi, gosok perlahan-lahan ke arah atas kemudian melintasi bawah mata, belakang telinga dan leher.

Ulang gerakan ini 3 kali atau setiap kali selepas bayi mandi. Sila hafal cara urutan ini untuk dipraktikkan bila anak terkena selesema ya!

SUMBER: MamadanAnak

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda