HOSPITAL Beacon dengan kerjasama Roche Malaysia baru-baru ini telah melancarkan Dana Kebajikan Terapi Sasar Untuk Penghidap Kanser Payudara HER-2 positif.

Menerusi dana ini, pesakit yang menghidap kanser payudara jenis HER-2 positif layak memohon untuk mendapatkan rawatan dengan kos yang lebih rendah.

Di hospital swasta, kos rawatan kanser payudara adalah sekitar RM8,000 hingga RM10,000. Kini, pesakit boleh memohon untuk mendapatkan rawatan dengan kos serendah RM2,500.

TERAPI SASAR ANTI-HER POSITIF TERBUKTI BERKESAN

Kaedah terapi sasar terbukti dapat memanjangkan usia pesakit kanser payudara pada tahap awal atau akhir.

Menerusi kedah ini rawatan ini, pesakit memerlukan antara 17 hingga 18 suntikan bagi melengkapkan rawatan.

BACA>>>> Keliru Kenapa Ada Hospital Kerajaan Caj Rawatan Mahal? Perkara Ini Ibu Bapa Perlu Tahu…

SIAPA YANG LAYAK MEMOHON?

  • Penghidap kanser payudara jenis HER-2 positif
  • Pesakit yang mengalami masalah kewangan dan tiada perlindungan insurans
  • Tiada had pendapatan tertentu dihadkan untuk memohon
  • Bagi yang berpendapatan tinggi tetapi memikul tanggungjawab yang besar pada keluarga, anda juga layak memohon

Yang turut hadir, Pengarah Perubatan dan Perunding Klinikal Onkologi, Datuk Dr Mohamed Ibrahim Abdul Wahid, Pengarah Urusan Roche Malaysia, Lance Duan dan diserikan lagi oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

“Kerajaan sentiasa komited dalam memberikan rawatan terbaik walaupun pesakit dirujuk dari hospital swasta kepada awam. Kerajaan akan sentiasa menyediakan rawatan berkualiti dengan kos perubatan yang rendah” kata Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Untuk maklumat lanjut mengenai Dana Kebajikan Terapi Sasar, anda boleh hubungi Jabatan CSR Hospital Beaon di talian 03-7620 7979 atau 011-1090 6588.

BACA>>>> Hati-Hati Jika Kesan 8 Tanda Awal Ini, Anda Mungkin Kena Kanser Payudara

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda