ADA wanita yang datang haid selepas bersalin 2-3 bulan. Ada pula yang langsung tidak datang haid hingga melebihi 1 tahun. Bahkan, ada wanita yang terus tidak datang haid selepas bersalin hinggalah mereka hamil semula.

Semua keadaan ini adalah normal dan anda tidak perlu risau selagi tiada apa yang membimbangkan tentang keadaan kesihatan.

BACA>>> Tentang Haid yang Semua Wanita Perlu Ambil Tahu

APAKAH FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KITARAN HAID SELEPAS BERSALIN

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi tempoh kedatangan haid. Haid anda mungkin akan datang lebih awal sekiranya:

  • Anda tidak menyusu badan secara ekslusif
  • Anda menggabungkan penyusuan badan dengan susu formula
  • Bayi anda tidur sepanjang malam
  • Mengamalkan sebarang bentuk teknik pencegah kehamilan

ADAKAH SAYA BOLEH MENGANDUNG SEKIRANYA TIDAK DATANG HAID?

Walaupun tidak mengalami haid selepas bersalin, sebenarnya ovulasi masih berlaku dalam tubuh wanita. Penyusuan badan hanya boleh bertindak sebagai perancang kehamilan dengan syarat tertentu seperti:

  • Tempoh dan waktu haid anda masih belum teratur
  • Bayi anda berusia bawah 6 bulan
  • Bayi anda menyusu badan secara eksklusif dan dengan kerap, pada waktu siang dan malam
  • Menyusu bayi secara direct (bukan melalui susu yang diperah)

BAGAIMANAKAH KEADAAN HAID PERTAMA SELEPAS BERSALIN?

Umumnya, haid selepas bersalin tidak banyak bezanya dengan haid sebelum ini. Namun, sesetengah wanita mungkin akan mengalami sedikit perubahan dari segi:

  • Rasa kejang mungkin bertambah atau berkurang
  • Terdapat sedikit darah beku
  • Darah lebih banyak
  • Haid yang terputus-putus

Bagaimanapun, selepas beberapa bulan, simptom ini akan berkurang dan haid biasanya akan kembali normal setiap bulan.

BACA>>> 6 Jenis Masalah Rahim Tidak Normal Ini Mungkin Punca Wanita Tidak Hamil

BILAKAH SAYA PATUT RISAU?

Sekiranya darah haid yang keluar adalah terlalu sedikit atau terlalu banyak, anda boleh bertanyakan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dijalankan.

Selain itu, anda boleh mendapatkan nasihat doktor sekiranya haid masih tidak datang walaupun anda tidak lagi menyusukan bayi.

SUMBER: Zuriat

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda