BARUT adalah antara aksesori yang wajib dipakaikan pada bayi yang baru lahir kerana menurut petua orang tua, ia mampu mengelakkan perut kembung. Selain itu, ada banyak lagi kepercayaan lain tentang penggunaan barut.

Sering menjadi persoalan dalam kalangan ibu bapa, adakah perlu atau tidak anak dipakaikan barut?

Untuk penerangan terperinci, berikut adalah perkongsian Bel Nawhen tentang kepercayaan barut dan apa sebenarnya fungsi barut pada anak?


BARUT ooo BARUT

barut bayi

Pagi-pagi dapat screencap tulisan seseorang tentang barut, beginilah lebih kurang dia tulis.

Barut ini kegunaannya untuk menyukat susu yang masuk ke perut baby, takut terlebih menyusu badan jadi banyak pula susu dia telan terkenyang, tersenak, dan lebih parah takut sakit perut, pecah pula perut baby.

Itu sebab baby diikat barut. Bila ibu tengok barut tu macam dah mengetat, cepat-cepat berhenti. Lepas sejam, barut tadi akan melonggar, kita tahu baby kita lapar. Bila dia nangis pon, kita tahu motif nangis dia nak menyusu lapar.

Selain dari itu, barut juga membantu baby kita tegak. Tidak merengkok. Membantu mendisiplin tulang belakang baby kita lurus”

Sebenarnya barut ini apa?

Salah satu eksesori bayi selepas melahirkan adalah barut bayi. Hinggakan pelbagai kepercayaan tentang manfaat barut ini dibawa dari turun temurun.

Saya TIDAK melarang sesiapa untuk memakaikan barut kepada anak mereka tetapi anda perlu pandai memilih material yang sesuai untuknya selain tidak memakaikannya terlalu ketat pada bayi.

Selain itu, pastikan anak tidak mempunyai alahan terhadap material barut tersebut. Elak juga dari menyapu pula pelbagai herba entah apa-apa semasa barutkan anak. Iritasi pula kulit si anak.

** Memakaikan bayi dengan barut dan menutupi tali pusat yang belum tanggal BOLEH menyebabkan pengumpulan lembapan di tali pusat, melambatkan proses luruh tali pusat dan boleh menyebabkan pembiakan bakteria kerana kelembapan tadi.

** Memakai BARUT tidak membantu dalam mengelakkan tulang dada bayi dari menonjol. Malahan, jika pemakaian barut terlalu ketat, maka akan menganggu dalam proses pembesaran organ bayi.

BACA >>> Petua Atasi Masalah Hidung Bayi Tersumbat Ketika Selesema

BARUT bayi bukan pelindung kepada kejadian kembung perut bayi

Masalah kembung perut bayi sering terjadi terutama pada 6 bulan awal kelahiran.

Ia berlaku kerana ruang dalam abdomen bayi masih kecil kalau nak dibandingkan dengan organ di dalamnya.

Sebab kembung perut bayi terjadi:

• Cara penyusuan yang tidak betul. Bagi kes guna botol susu – Botol terlalu condong, lubang puting terlalu besar hingga bayi menelan udara bersama.

Bagi kes kedua-dua menyusu botol dan direct feeding – Bayi tidak disendawakan selepas menyusu.

Memberi botol susu kosong dengan alasan mahu bayi tidak menangis juga antara punca bayi kembung perut kerana menyedut udara sahaja.

• Bayi menangis terlalu banyak pun boleh menyebabkan kembung perut.

  • Penghadaman atau pemilihan susu yang kurang sesuai lalu menghasilkan banyak gas.

Tetapi, bagi kes kembung perut disertai dengan rasa abdomen yang keras, disertai dengan muntah, tidak kentut atau tidak membuang air dalam tempoh masa yang lama ataupun cirit-birit dan bayi sering kelihatan lemah atau tidak bermaya, bawa bayi anda berjumpa doktor.

Notakaki: Nak berbarut tidak menjadi masalah asalkan ia tidak menganggu keselesaan bayi anda.

BACA >>> 5 Cara Hilangkan Masalah Sedu Bayi Dengan Mudah dan Selamat

#BelNawhen
#SayaJururawat

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda