KISAH ini memberikan pengajaran buat ibu bapa agar sentiasa memantau aktiviti laman sosial dan hati-hati ketika memuat naik gambar anak seksi yang boleh menaikkan nafsu terutamanya golongan Pedofilia.

Baru-baru ini, seorang pedofilia, Geraint Kristopher Jonson, dari Wales telah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun kerana terlibat dalam pertemuan dalam talian yang menjijikkan.

Dia memberitahu seorang budak perempuan berusia 13 tahun bahawa dia mahu menghamilkannya dan kemudian merogol anak hasil hubungan mereka.

BACA>>> Awas, Bahaya Sex Grooming! Sila Pantau Anak Perempuan Anda

SIMPAN BANYAK GAMBAR TIDAK SENONOH GADIS BAWAH UMUR

Selain itu, dia juga didapati menyimpan berpuluh-puluh gambar tidak senonoh gadis bawah umur dalam telefon dan komputernya.

Mahkamah Swansea Crown mendengar bagaimana dia terlibat dalam perbualan tidak senonoh dengan gadis-gadis dalam talian, lapor WalesOnline.

Tetapi lelaki berusia 24 tahun itu tidak menganggap dia telah melakukan sebarang kesalahan dan enggan menerima bantuan untuk masalahnya, juri mendengar.

Hakim telah menetapkan hukuman 10 tahun penjara ke atasnya kerana terlibat dalam pertemuan dalam talian yang menjijikkan.

Polis, yang bertindak atas risikan melaksanakan waran geledah di rumah Jonson dan merampas telefon, komputer riba dan cakera keras komputernya.

Pendakwa, Ian Wright berkata Jonson memberikan kata laluan kepada pegawai dan mereka dapat mengakses rekod sembangnya secara meluas dalam Skype.

Log perbualan pertama yang ditemui mereka melibatkan Jonson berkomunikasi dengan seorang gadis berusia 13 tahun.

MINTA PEGANG PAYUDARA DAN LAKUKAN SEKS SENDIRI 

Pendakwa berkata perbualan bermula tanpa sebarang kecurigaan, dengan mesej-mesej mengenai kesamaan minat dalam permainan komputer, tetapi kemudian menjadi lebih ‘bersemangat dan bersifat seksual’ dengan Jonson banyak memujinya.

Mahkamah diberitahu bahawa Jonson kemudian memintanya untuk menunjukkan payudara dan menyentuhnya sambil dia melakukan seks sendiri.

Mahkamah mendengar Jonson juga bercakap tentang rancangan mendapatkan bilik hotel supaya mereka boleh menonton filem dan makan pizza.

Wright berkata mangsa berkenaan telah dikesan dan ditemubual dan dia akhir menyedari bahawa dirinya hanya dipergunakan oleh Jonson, walaupun ketika berbual dia fikir Jonson benar-benar mahu menjadi teman lelakinya.

Polis juga menemui log perbualan antara Jonson dan seseorang yang kelihatan seperti seorang gadis berusia 13 tahun di Amerika.

Semasa perbualannya, Jonson meminta budak perempuan itu melakukan perbuatan seks di kamera dan memberitahu bahawa dia mahu melakukan hubungan seks dengannya.

Jonson juga memberitahunya, jika gadis itu hamil dan mempunyai seorang anak perempuan, dia juga mahu melakukan seks dengan anaknya.

Dia juga memberitahunya tentang filem-filem yang ditonton mengisahkan kejadian seorang gadis berusia empat tahun dirogol oleh ayahnya, mahkamah mendengar.

Mangsa dari Amerika itu masih belum dikesan.

BACA>>> Apakah Gangguan Seksual? Pentingkah Anak Diajar?

SERING BERCAKAP TENTANG SEKS DAN MAHU HAMILKAN MANGSA

Wright berkata log perbualan ketiga yang ditemui oleh polis melibatkan apa yang kelihatan seperti seorang budak perempuan berusia 10 tahun yang walaupun tidak diketahui Jonson, profilnya sebenarnya diuruskan oleh lelaki dewasa.

Semasa perbualan, Jonson sekali lagi bercakap tentang menghamilkan budak itu dan kemudian menyalahgunakan anak perempuan yang mungkin akan dilahirkannya.

Dia juga memberitahu mangsa bahawa dia mahu melakukan seks semasa dia memakai pakaian seragam sekolah rendahnya.

Selain log perbualan, polis turut menemui gambar dan video tidak senonoh kanak-kanak dalam komputer dan telefon Jonson.

Mereka menemui sejumlah 39 bahan Kategori A (paling melampau), 51 Kategori B, dan 65 Kategori C.

Jonson, mengaku bersalah terhadap 11 tuduhan memiliki gambar tidak senonoh, menghasut seorang kanak-kanak melakukan perbuatan seksual, cuba menghasut kanak-kanak melakukan perbuatan seksual, dan melakukan perbuatan seksual di hadapan seorang kanak-kanak.

BACA>>> 5 Perkara Perlu Elak Jika Mahu ‘Upload’ Gambar Anak di Media Sosial

Dia muncul di Mahkamah Swansea Crown pada Jumaat untuk dihukum.

Mahkamah mendengar bahawa dia tidak mempunyai hukuman terdahulu, walaupun terdapat bukti yang cukup bahawa dia terlibat dalam kelakuan tidak senonoh dalam talian itu.

Hakim Geraint Walters menyifatkan kes itu sebagai salah satu yang paling membuatkan dirinya terganggu yang pernah dikendalikan, kerana keengganan Jonson untuk mengakui tindakannya adalah salah.

SUMBER: Mstar

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda