DALAM kesibukan bekerja untuk memenuhi segala keperluan keluarga, seorang bapa tidak boleh mengabaikan tanggungjawab untuk meluangkan masa dan memberikan perhatian yang secukupnya kepada anak.

Peranan bapa dalam kehidupan seorang anak amat penting untuk meningkatkan kehebatan diri mereka dari segi kecerdasan emosi, dan kemahiran berkomunikasi. Malah, bapa sentiasa jadi sumber motivasi terbaik buat si anak. Ketahuilah, bapa yang tidak beri perhatian secukupnya akan membuatkan si anak bermasalah menyesuaikan diri di sekolah, bersosial atau menerima sesuatu perubahan.

1. CARI MASA LAYAN ANAK

Sibuk bekerja tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak meluangkan masa bersama anak. Bapa mesti meluangkan masa sekurang-kurangnya 15-30 minit sehari untuk bermain atau berbual dengan anak. Apabila anak dapat meluangkan masa berkualiti dengan bapa, mereka akan rasa diri diperhatikan dan ini dapat membantu perkembangan minda dan emosi.

2. TUNJUKKAN KASIH SAYANG

Pandang anak dengan penuh kasih sayang supaya mereka rasa selamat. Jangan lupa bertanya tentang aktiviti di sekolah, rakan-rakan dan kemajuan akademik mereka. Secara tidak langsung, ini dapat meningkatkan kemampuan akademik anak.

Selain itu, jangan lokek berikan belaian, pelukan, ciuman dan pujian kepada anak apabila mereka berjaya mencapai apa saja kejayaan sama ada dalam akademi atau sebaliknya.

3. LUANGKAN MASA MAKAN BERSAMA

Meluangkan masa makan bersama dapat membuatkan anak rasa diri lebih rapat dan dekat dengan keluarga. Kanak-kanak yang tidak dapat perhatian dan kasih sayang daripada bapa boleh menyebabkan mereka mengalami masalah psikologi seperti gelisah, fobia, stres dan mood tidak stabil.

4. BIJAK URUS MASA

Bapa mesti bijak menyesuaikan diri antara kesibukan bekerja dan masa untuk keluarga. Elakkan menunjukkan kesibukan bekerja di hadapan anak untuk mengajar mereka tentang ciri kepimpinan yang baik. Seorang bapa dengan sikap positif mampu melahirkan anak yang juga positif.

SUMBER: SayangiAnak

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda