LEBIH kurang 15 peratus pasangan adalah mandul ataupun sukar untuk mendapatkan zuriat. Walaupun mereka telah melakukan hubungan seks yang kerap tanpa mengamalkan kaedah perancang keluarga.

Lebih kurang 1/3 daripada pasangan ini berpunca daripada masalah pada lelaki. Lelaki mandul berpunca daripada kuantiti sperma yang rendah, sperma yang mempunyai bentuk yang tidak normal dan juga sperma yang tidak aktif.

Penyakit kronik dan gaya hidup yang tidak sihat menjadi punca kepada masalah ini. Tidak mampu hamil boleh menyebabkan rasa tertekan kepada pasangan dan terdapat beberapa rawatan yang boleh dibuat untuk lelaki yang menghadapi perkara ini.

BACA>>> 15 Sebab Mengapa Wanita Gagal Hamil

TANDA-TANDA ANDA MANDUL

Terdapat beberapa tanda lain yang menunjukkan seseorang lelaki itu mempunyai masalah yang menyebabkan ia mandul seperti:

  • Masalah Pada Fungsi Seks: Lelaki tersebut mungkin menghadapi masalah untuk ejakulasi, ejakulasi yang menghasilkan air mani dalam kuantiti yang sedikit, kurangnya rasa untuk melakukan hubungan seks ataupun mempunyai masalah mati pucuk
  • Sakit Pada Bahagian Testis
  • Pembesaran Bahagian Tetek (Seolah-olah mempunyai payudara. Istilah perubatan dipanggil sebagai Gynecomastia)

PUNCA LELAKI MANDUL?

1. PENYAKIT 

  • Varicocele: Penyakit varicocele adalah saluran darah vena yang banyak dibahagian testis. Perkara ini akan menyebabkan suhu dibahagian testis meningkat dan kualiti sperma menjadi kurang. Rawatan vericocele akan memperbaiki kuantiti dan penghasilan sperma yang dihasilkan oleh testis.
  • Jangkitan kuman: Sesetengah jangkitan kuman boleh menyebabkan keradangan pada saluran sperma dan juga testis. Perkara ini akan menyebabkan saluran tersebut menjadi tersumbat ataupun testis tidak mampu menghasilkan sperma yang cukup
  • Masalah ejakulasi: Sesetengah lelaki yang mengalami masalah tulang belakang, kencing manis akan mengalami masalah ejakulasi berbalik(Retrograde ejaculation). Dimana sepatutnya sperma tersebut dipancut keluar tetapi sperma itu termasuk ke dalam pundi kencing.
  • Testis yang tidak turun (undescended testis): Ketika bayi membesar, ada sesetengah testis bayi tidak turun sepenuhnya ke dalam scrotum. Ini membuatkan testis tersebut tidak dapat menghasilkan sperma dengan efektif.
  • Masalah berkaitan dengan seks: Mereka yang mengalami mati pucuk, ejakulasi pramatang, sakit ketika melakukan hubungan seks boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah mandul
  • Ubat-ubatan: Beberapa jenis ubat seperti penggunaan ubat steroid pada jangka masa panjang, ubat kemoterapi dan beberapa jenis ubat anti-fungal boleh menyebabkan perkara ini berlaku.

2. PERSEKITARAN

Pendedahan kepada kawasan sekitar yang panas, beberapa jenis bahan kimia boleh menyebabkan seseorang itu mandul. Antaranya:

  • Bahan kimia daripada industri: Pendedahan kepada bahan bezene, toluene, racun yang digunakan dalam pertanian boleh menyebabkan kuantiti sperma menjadi rendah
  • Pendedahan pada logam berat
  • Pendedahan pada radiasi: Pendedahan pada radiasi x-ray boleh menyebabkan kuantiti sperma menurun.
  • Pemanasan bahagian testis: Penggunaan sauna yang kerap boleh menyebabkan kuantiti sperma menjadi kurang.

3. GAYA HIDUP

Beberapa jenis gaya hidup perlu diubah supaya kualiti sperma yang dihasilkan lebih baik. Beberapa perkara tersebut adalah:

  • Merokok
  • Penggunaan alkohol
  • Stress dan depressi
  • Penggunaan ubat seperti steroid untuk menambah otot
  • Berat badan

BACA>>> Panduan Tingkatkan Peluang Hamil dan Tip Kesuburan Buat Suami Isteri

FAKTOR MENJADI MANDUL?

Terdapat beberapa faktor risiko yang meningkatkan kebarangkalian seseorang itu menghadapi masalah lelaki mandul. Faktor risiko tersebut adalah:

  • Merokok
  • Penggunaan alkohol
  • Penyalah gunaan dadah
  • Berlebihan berat badan
  • Stress yang melampau
  • Pendedahan kepada radiasi
  • Trauma pada bahagian testis
  • Mempunyai penyakit kronik

BAGAIMANA MENGENALPASTI MASALAH MANDUL PADA LELAKI

Untuk mengesahkan seseorang lelaki itu mempunyai masalah ini, air maninya perlulah diambil untuk dibuat ujian.

Ujian yang selalunya dibuat adalah untuk melihat:

  • Isipadu air mani
  • Kuantiti sperma
  • Pergerakan sperma
  • Struktur sperma sama ada normal ataupun tidak

RAWATAN

  • Pembedahan: Seseorang yang mengalami masalah vericocele boleh menjalani pembedahan untuk membuang salur darah vena dibahagian zakar.
  • Prosedur Invitro fertilization(IVF): Melibatkan pengambilan sperma. Sperma yang terbaik sahaja akan dipilih untuk disenyawakan dengan ovum di dalam petri. Kemudian hasil persenyawaan akan dimasukkan semula ke dalam rahim pasangannya.

 BACA>>> Tidak Hamil Bukan Salah Wanita Sahaja, Lelaki Pun Perlu Jaga Kesuburan

BAGAIMANA MENGELAK DARIPADA MANDUL

  • Berhenti merokok
  • Kurangkan ataupun berhenti mengambil alkohol
  • Elakkan daripada penyalahgunaan dadah
  • Kekalkan berat badan ideal
  • Elakkan daripada meningkatkan suhu testis
  • Kurangkan stress
  • Mengelakkan diri daripada terdedah kepada racun pertanian dan juga logam berat.

SUMBER: e-Diagnosa

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda