NEGARA kita baru saja digemparkan dengan berita kematian seorang bayi perempuan berusia 2 tahun akibat kecuaian ibunya. Ibu berusia 32 tahun itu dilaporkan tertinggal mangsa 4 jam dalam kereta kerana terlupa.

Menurut laporan, sebaik saja si ibu tersedar tertinggal anaknya, dia langsung bergegas ke kereta, tetapi mangsa sudah tidak sedarkan diri dan meninggal dunia akibat strok haba.

Kematian anak kecil itu membuatkan sesetengah netizen tidak puas hati dan bertindak mengecam sikap cuai ibu tersebut. Namun kami yakin si ibu memang tidak sengaja meninggalkan anaknya.

Malah, memang ada fakta saintifik dan statistik jelas yang mendedahkan kenapa situasi malang itu boleh berlaku dan berisiko menimpa sesiapa saja.

PUNCA IBU TERLUPA – ‘FORGOTTEN BABY SYNDROME’

Apakah itu Sindrom Terlupa Bayi atau Forgotten Baby Syndrome (FBS)? FBS ialah insiden ibu bapa secara tidak sengaja tertinggal bayi dalam kereta yang panas dan terkunci. Perkara ini sebenarnya bukan perkara baru kerana sudah banyak kali berlaku di luar negara, misalnya di Amerika Syarikat (AS).

KES KEMATIAN KANAK-KANAK AKIBAT FBS

Gambar dari NST

Kira-kira 40 keluarga mengalami FBS hingga menyebabkan 600 bayi maut akibat strok haba selepas ditinggalkan dalam kereta.

TENTANG FBS

Menurut Profesor Psikologi dari University of South Florida, Dr David Diamond yang mengkaji neurobiologi FBS, setiap manusia melakukan aktiviti atau tugasan harian hingga menjadi satu rutin, hingga melibatkan pemikiran sedar dan didorong korteks motor.

Contohnya, kita balik dari tempat kerja melalui jalan dan masa yang sama setiap hari. Situasi rutin itu dipanggil hippocampus, yang hadir mengawal bahagian kognitif otak kita. Bagaimanapun, ada bahagian memori motor otak yang bersaing menentang fungsi kognitif tersebut.

Kata Diamond; “Ketika memandu pulang dari tempat kerja, kita sudah berniat mahu singgah ke kedai. Tetapi secara tidak sedar kita sudah sampai ke rumah dan terlupa niat asal yang mahu singgah ke kedai! Ini perkara normal yang berlaku dalam otak manusia”.

BAGAIMANAKAH FBS BERLAKU?

Situasinya, ibu bapa ada rutin harian seperti biasa. Bangun pagi, hantar anak ke rumah pengasuh dan terus memandu ke tempat kerja. Apabila berlaku satu rutin berbeza, contohnya ibu tidak pernah bawa anak ke tempat kerja, tetapi suatu hari dia terpaksa bawa anak ke tempat kerja.

Pada masa itu si ibu akan memandu seperti biasa ke tempat kerja. Korteks motor berfikir secara biasa tetapi kognitif bersaing dan mendorong ibu melalukan rutin harian hingga terlupa anaknya dibawa bersama.

Kami yakin situasi itulah yang menimpa Hasmah Masroh, ibu yang terbabit dalam insiden malang itu. Memang secara tidak sengaja dan dari segi santifik, dia boleh terlupa yang dia sedang membawa anaknya bersama.

ELAKKAN FBS

Jadikan rutin harian meninjau dan memeriksa seluruh ruang kabin sebelum meninggalkan kereta. Kita juga boleh letakkan loceng pada kerusi bayi supaya bunyi yang terhasil dapat mengelakkan kita terlupa.

Semoga kejadian yang berlaku menjadi iktibar buat kita semua. Kami berharap netizen memberikan sokongan kepada ibu malang itu yang pastinya trauma dan bersedih dengan kematian anaknya. Takziah kami ucapkan.

SUMBER: HealthNetwork

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda