STATISTIK penceraian semakin tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Tidak semua masalah rumahtangga perlu berakhir dengan penceraian. Ada cara yang boleh dilakukan bagi menyelamatkan rumahtangga anda.

Fikirkan dahulu tentang anak-anak. Penceraian akan memberikan kesan mendalam kepada kehidupan anak-anak. Jika anda sayang keluarga anda, berikut adalah beberapa tip yang boleh dilakukan untuk mengelakkan penceraian berlaku.

BACA>>> Kaum Hawa, Perhatikan Tanda-Tanda Suami Sudah Bosan dan Tidak Kisah Pada Anda

1. KOMUNIKASI 2 HALA YANG BAIK

Sentiasa berkomunikasi dengan suami atau isteri sama ada di rumah mahupun ketika berjauhan. Jika ada masalah bincang dengan baik tanpa bergaduh. Tidak dinafikan, kepincangan dan salah faham bermula dengan komunikasi yang tidak baik antara suami isteri. Jadi, selalulah berbual dan berterus terang dengan pasangan. Paling penting, jangan memendam, jika disakiti atau terasa hati, beritahu pasangan dan luahkan perasaan anda. Ins shaa allah pasangan yang baik dan mudah menerima pandangan.

2. SENTIASA TERBUKA TENTANG MASALAH SEKS PASANGAN

Tidak puas dalam hubungan seksual suami isteri antara punca utama pasangan curang dan berlaku penceraian. Ramai pasangan mengakui, hubungan seksual dilakukan untuk menghilangkan tekanan hidup. Untuk menghilangkan kebosanan dalam hubungan intim suami isteri berbincanglah tentang kualiti seks bersama. Tidak salah untuk lebih kreatif dalam aspek kehidupan seksual.

3. MENERIMA PASANGAN SEADANYA

Apabila sudah tinggal sebumbung barulah kita mengenali sikap pasangan masing-masing. Ketika ini, belajarlah menerima kelemahan dan perbezaan sikap pasangan. Tidak dinafikan pada 5 tahun awal perkahwinan adalah fasa untuk saling mengenali dan berhadapan dengan pelbagai konflik.

4. JANGAN BERBOHONG DAN SELALU BERTERUS TERANG

Berbohong untuk perkara yang baik kerana khuatir cemburu itu mungkin elok buat pasangan. Namun, jika sikap ini selalu dibuat, ia akan menjadi satu kebiasaan pada diri. Jika boleh elakkan berbohong. Tidak salah jika anda berterus terang daripada pasangan mengetahuinya sendiri kelak. Boleh bergaduh besar dibuatnya!

5. JANGAN CEMBURU BUTA

Cemburu buta memang tidak baik dalam setiap perhubungan tetapi setiap pasangan perlu ada rasa cemburu kerana cemburu itu tandanya sayang. Betul tak?  Jika berlaku pertelingkahan disebabkan cemburu, siasat terlebih dahulu. Tanya pasangan dan berbincanglah. Jangan mudah menyerang pasangan tanpa usul periksa!

6. JANGAN CURANG

Bermula dengan seorang kawan, beralih kepada teman tapi mesra. Itu bahaya, sebagai suami atau isteri, kita perlu ada had dalam perhubungan di antara perempuan dan lelaki kerana dikhuatiri berlakunya curang. Faktor curang ini juga boleh berlaku apabila pasangan tidak mendapat perhatian, tidak puas dalam hubunga seks atau kasih sayang, menyebabkan mereka beralih mencari teman untuk meluahkan masalah, yang akhirnya terlanjur menjadi skandal.

BACA>>> 7 Sebab Kenapa Lelaki Curang Walaupun Sudah Berkahwin

7. CARI ORANG TENGAH

Jika pergaduhan suami isteri tidak dapat lagi diselesaikan berdua. Maka, carilah seseorang yang dipercayai untuk mendapatkan bantuan bagi mengatasi masalah. Orang tengah itu seharusnya orang yang lebih tua, dihormati oleh pasangan seperti ibu bapa, mertua, mak cik mahupun pak cik. Jangan cari orang ketiga seperti sahabat andai ataupun jiran yang mungkin akan menjejaskan lagi hubungan anda.

8. KEKALKAN KEMESRAAN

Selepas berkahwin dan memiliki anak, janganlah berubah sikap. Kekalkan kemesraan kita suami isteri seperti ketika bercinta dahulu. Kemesraan inilah yang akan melahirkan bunga-bunga cinta pada pasangan. Makin lama makin sayang.

9. BERDOA 

Ketika berhadapan dengan masalah rumahtangga, kawal emosi dan jangan terlalu terikut-ikut hingga mengeruhkan lagi keadaan. Banyakkan berdoa pada Allah dan yakin pada ketentuan Allah supaya dipermudahkan urusan dan masalah dapat diselesaikan dengan segera.

Nota penting: Bergaduh dan bertengkar suami isteripun janganlah hingga mengaibkan pasangan masing-masing pada orang ketiga. Jika ini berlaku, masalah pasti akan menjadi lebih teruk. Seeloknya, bawa berbincang dan jagalah aib suami isteri. Hati-hati juga ketika meluahkan masalah rumahtangga di media sosial. Tidak semua orang sedih melihat kita dalam masalah!

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda