ISTERI dan ibu yang terlalu sibuk dan penat menguruskan hal rumahtangga boleh menjadi sangat pemarah apabila kita tidak tahu mengawal emosi dek kerana keletihan yang melampau.

Apa yang penting, luangkan masa untuk kita bermanja atau berehat walaupun seketika dalam sehari. Tidak perlu pun duit dan masa yang banyak!

Berikut adalah 10 aktiviti Self Care yang kita boleh lakukan bagi memberikan kita ruang untuk diri sendiri, yang dikongsikan oleh Maznah Ibrahim di dalam Facebooknya.

Baca Juga: Ibu Perlu Lakukan 8 Perkara Ini Untuk Elak Mummy Meltdown | Apa Itu Mummy Meltdown? Ketahui Punca Dan Tanda-Tanda


Bila Ibu Penat Handle Bermacam Tugas dan Urusan Seharian, Ibu jangan lupa buat ‘Self Care’ tau!

Yalah asyik ‘care’ orang tersayang, si cenonet anak dan si besar ayah, kini tiba masa layan diri pula. Manjakan dirimu, bebaskan dirimu.

Ia sama macam penjagaan diri juga, cumanya ia lebih personal, spesifik untuk tiap diri ibu yang berbeza dan unik.

Ia penting untuk pastikan ibu ibu seimbang, jasmani (fizikal) dan rohani (dalaman – emosi, spiritual dan pemikiran sihat) dan elak ‘burnout’ atau meletus macam bom tidak jangka.

Di sini saya senaraikan idea 10 aktiviti ‘Self Care’ yang ibu boleh cuba buat dan ‘decide’ jika sesuai:

1. CALL KAWAN BAIK DAN SEMBANG

Ini kalau terbatas masa nak jumpa ‘live’. Ada juga yang terbatas nak sembang call, maka tulislah whatsapp atau mesej di telegram, meluah dan berkongsi secara bertulis, pun ok sangat, lega. Tapi BFF atau kenalan ini perlulah jenis yang positif orangnya. Selain Meet up jumpa ‘live’ atau online dengan kawan atau geng.

(Tangki emosi: Perkataan dengar perkataan baik dan masa istimewa). Ada juga yang sesuai dengan call dan dengar suara mak sendiri. Itu pun sangat ok.

2. MAKAN MAKANAN DAN MINUMAN KEGEMARAN

Hadiahkan diri dengan buat minuman panas atau sejuk kegemaran sendiri, contoh hot chocolate ke, teh tarik sihat ke, air sirap bandung ke, kopi halia best ke, hehehe apa sajalah asalkan ibu minat dan sekali minum terus rasa segar sampai perut dan otak. (Pepatah lama mengatakan, gendang gendut tali kecapi kan, kenyang perut suka hati, air kegemaran juga refreshing perut dan emosi kita).

Sama minuman ini ialah makanan, macam goreng pisang ke, kek secret recipe ke. Sama ada pergi ke kedai atau cuba buat sendiri.

Makanan dan minuman ini sesekali boleh, sedikit, bukan banyak berlebihan, nanti gula naik pula ya. Kita kan nak sihat dan gorgeous selalu. Tujuan nak switch emosi atau booster saja.

3. PERGI SPA

Hadiahkan diri dengan pergi ke SPA untuk urutan seluruh badan, SPA ini ada konsep persekitaran terapeutik yang membantu lapangkan emosi kita. Jika nak bajet, kenali atau cuba pengurut yang bagus, sama ada pergi ke rumahnya atau upah dia datang rumah dan urutlah dalam sejam gitu. (Tangki emosi: Sentuhan)

4. BAWA DIRI BERJALAN ATAU MEMBELI-BELAH

Pergi bawa diri berjalan atau window shopping, atau ke alam semulajadi yang ibu suka macam air terjun ke, sungai ke, track senaman ke, berbasikal ke, panjat gunung ke dan apa sahaja asalkan sesuai dengan diri dan ibu akan rasa ‘release’. (Tangki emosi: Masa istimewa)

5. MENONTON WAYANG 

Menonton wayang atau cerita yang inspirasi untuk diri. Dah lama tidak tonton wayang atau konsert, boleh pergi dan tonton di rumah jika ada cerita sesuai. Ia sama juga, tidak perlu sampai banyak kali, sesekali akan banyak membantu hiburan seperti ini. (Tangki emosi: Masa istimewa)

6. MANDIAN AIR SUAM DAN BAUAN BUNGA

Mandian air suam dengan bauan pati bunga yang menenangkan dan refreshing. Sama orang berpantang, ada mandian suam herba akar kayu, ia sangat menyegarkan urat dan badan seluruhnya. (Tangki emosi: Masa istimewa).

7. BERMAIN BERSAMA ANAK

Join anak anak main sekali ! Ha ini kena sporting la ya, berlari sama, melompat sama, terbangkan belon sama, layangkan layang-layang atau wau sama. Memang rasa emosi ringan sangat. Sebab aktiviti kanak-kanak seperti ini secara fitrahnya memang meringankan emosi sebab kanak-kanak amat mudah let go dan lupa segala perkara berlaku bila mereka bergerak.

8. MEMBACA

Ada ibu sudah lama tidak membaca. Bila dapat membaca buku novel cinta masa zaman remaja dulu atau komik, dapat baca lagi, fuhh best juga layan. Again, bukan tiap hari sampai ketagih, tapi sikit-sikit saja.

9. DENGAR LAGU KEGEMARAN

Dengarlah lagu kegemaran masa zaman muda dulu, 90-an kita. Bila sesekali dengar, memang best layan emosi muda dan ringan itu. Sambil senyum sendirian, ibu sendiri saja tahu. Hehehe.

10. JERIT SEKUAT HATI

Pergi tempat yang boleh jerit sekuat hati. Contoh bukit ke, laut ke, karoake ke, asal dapat jerit bebas tidak kisah orang nak kata apa. Puas hati dan anak perut.

Apa pun, pastikan aktiviti sihat, selamat dan berkat ya…

Ia akan activate sistem emosi positif di otak ibu ibu: ‘Care/Attachment System’, ‘Play System’ dan ‘Seeking System’.

Refleksi,
Maznah Ibrahim

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda