SALAH satu perkara yang mencabar bagi ibu bapa adalah apabila bawa anak keluar makan. Sudahlah penat melayan karenah, makan pun tidak kenyang. Sebab itu, ramai ibu bapa mengambil langkah bungkus dan makan di rumah saja.

Ha… jangan stres, apa kata kita cuba tip yang dikongsikan oleh Mohd Fhais ini di Facebooknya untuk panduan semua ibu bapa terutamanya ibu bapa baru.

Semoga bermanfaat.

BACA>>> Buat 5 Perkara Ini Jika Anak Tantrum di Kedai Makan


JANGAN SERIK BAWA ANAK KE KEDAI MAKAN

Lebih-lebih kalau ada anak ramai, mesti serik nak bawa ke kedai makan. Memang tidak cukup kaki tangan nak melayan mereka, kesudahannya memang makan tidak kenyang. Bungkus saja lah…

Tapi jangan serik bawa anak ke kedai makan kerana ini PERMULAAN kepada segalanya.

Jika anda serik di kedai makan maka kita juga akan serik nak bawa anak berjalan-jalan, serik nak teman dia ke sekolah dan serik nak tambah anak lagi.

Amalkan 4 tip ini supaya kita tidak rasa susah dan annoying bila keluar dengan anak.

4 TIP BAWA ANAK KELUAR MAKAN

1. BUAT PERJANJIAN

Deal atau buat agreement dengan anak sebelum keluar, kalau sudah memang buat planning awal deal awal 2-3 hari sebelum hari kejadian.

Contoh deal/agreement:

Adik kejap lagi kita nak keluar makan tau, kat kedai makan tu tak boleh lari-lari nanti makanan jatuh

Kakak hujung minggu ayah cuti kita pergi zoo tau, kat zoo jangan lari pimpin tangan ayah je

Minggu depan kita nak pergi rumah mak long ada kenduri, abang tolong ayah jaga adik ye, ayah nak tolong mak long

Jika kita beri bayangan atau peringatan secara kerap sebelum waktu kejadian lagi anak kita akan lebih mudah faham dan behave. Barulah anak tidak kena culture shock di rumah mak long.

2. JANGAN PAKSA TAPI DAPATKAN PERSETUJUAN ANAK DULU

Terutama anak yang dalam fasa ego-centric, mereka tidak suka di paksa dan mereka rasa mereka bos.

Contoh dapatkan persetujuan:

Abang nanti kita nak pergi zoo tau, abang nak tengok gajah ke kuda dulu? ”

Adik nak teman papa pergi kedai tak? Mama suruh beli sardin

Bila mereka setuju dan tahu kita keluar untuk apa mereka tidak akan rasa terpaksa dan lebih rela. Bayangkan kalau time kita bad mood tak nak keluar tapi orang paksa kita keluar, confirm kita akan buat perangai kan.. macam itu juga lah anak kecil ini.

3. LATIH ANAK DI RUMAH PADA USIA AWAL

Supaya mereka ada kawalan diri atau self-control bila kita bawa keluar. Didik cara makan yang betul, kena duduk, baca doa makan, tidak boleh berlari, tidak boleh diri atas meja dan sentiasa dengar cakap papa dan mama.

Latih 4 perkara ini dari rumah:

  • Sabar
  • Jangan ikut nafsu
  • Senyum
  • Jangan nakal

Rumah adalah tempat menanam benih anak yang soleh dan solehah.

4. IBU BAPA JANGAN PENTING DIRI

Akhir sekali jangan penting diri (Selfish) dan tidak hirau apa yang anak mahu dan suka. Mentang-mentang mereka kecil jadi mereka kena ikut cakap kita saja mak ayah, konon kita tahu apa yang baik untuk mereka.

Anak suka jajan bagilah makan sikit, jangan larang terus dan jangan risau kerana gigi mereka akan tumbuh baru. Kalau mereka nak mainan belilah mana yang mampu sebab mainan boleh bantu perkembangan mental dan fizikal mereka.

Kalau boleh anak keluar dengan wajah gembira, balik pun kena gembira juga. Barulah mereka suka keluar dengan mak ayah sendiri.

Percayalah rezeki tak berkurang pun kalau belanja anak-anak malah nilai kita bertambah di mata mereka.

P/S: Tolong sampaikan pada mak ayah lain yang perasan bujang nak keluar sendiri-sendiri sebab serik nak handle anak di khalayak ramai, supaya mereka pun dapat belajar 4 tip ini.

BACA>>> Makan Coklat Rangsang Minda Anak, Bilakah Masa Terbaik Beri Dia Makan?

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda