PELUKAN ibu bapa mengambarkan kasih sayang mereka kepada anak. Tahukah anda pelukan memberi kesan yang baik kepada perkembangan anak-anak?

Setiap pelukan dapat memberikan ketenangan pada mereka yang akan memberi kesan kepada pembentukan jati diri. Itulah kuasa pelukan mak ayah! Jadi, peluklah anak walaupun hanya berapa saat!

Mari kita tengok 5 kelebihan pelukan kepada anak yang semua ibu bapa perlu tahu.

BACA>>> 22 Cara Mudah Didik Anak Cara Islam, Guna Teknik Psikologi

1. MENGAWAL EMOSI ANAK 

Pelukan menjadi sangat menenangkan anak apabila mereka sedih atau memgamuk. Peluklah anak kita dengen penuh kasih sayang untuk meredakan kesedihan dan kemarahan mereka.

Selain memberikan ketenangan ia juga dapat meningkatkan kepercayaan anak terhadap ibu bapa. Jangan lupa ketika memeluk anak ucapkanlah kata-kata yang baik-baik bagi memberikan mereka lebih disayangi.

2. MENINGKATKAN KECERDASAN ANAK

Nampak mudah tetapi pelukan dapat merangsang perkembangan sel otak anak. Menarik bukan? Peluklah anak dengan kerap kerana ia akan membantu mereka lebih kreatif dan cerdas.

3. MEMBENTUK PERIBADI YANG BAIK

Setiap sentuhan dan pelukan adalah tanda kasih sayang ibu bapa terhadap anaknya. Perbuatan ini akan memberikan kesan positif kepada kestabilan emosi, pembentukan peribadi yang baik dan meningkatkan kepercayaan diri.

Hasilnya kelak, anak akan menjadi individu yang penyayang, menghargai dan sentiasa berbuat baik dengan orang sekelilingnya.

4. BENTUK IKATAN EMOSI YANG POSITIF

Kanak-kanak juga punya tekanan. Pelukan inilah yang akan membantu mereka mengawal dan mengurangkan tekanan. Ada kajian yang dilakukan pada otak menunjukkan bahawa kanak-kanak dan ibu bapa yang selalu berpelukan akan dapat membentuk satu ikatan emosi yang positif.

BACA>>> Fakta: 7 Sebab Kenapa Pasangan Suami Isteri Mesti Tidur Berpelukan Setiap Hari

5. RASA SELAMAT DAN DILINDUNGI

Harlow & Zimmerman berkata, kanak-kanak memerlukan sentuhan ibu bapanya untuk dia terus membesar dalam persekitaran yang sihat, selamat dan menyakinkan.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda