SALAH satu mimpi ngeri ibu selepas bersalin adalah masalah bengkak susu hingga menyebabkan jangkitan pada payudara hingga bernanah.

Radang payudara ini boleh berlaku disebabkan oleh jangkitan pada payudara yang tidak dirawat lebih awal hingga menyebabkan ia bernanah.

Bagaimana mengelakkan payudara bernanah dan mengesan tanda-tandanya? Mari baca perkongsian Jururawat terlatih ini, Bel Nawhen untuk pengetahuan semua ibu di luar sana.

BACA>>> Rasa Sakit Ketika Menyusukan Bayi? Cuba 7 Petua Hilangkan Rasa Sakit Bengkak Susu

PAYUDARA BERNANAH

Beberapa minggu lepas, saya assist kes abcess pada payudara.

Ibu itu baru sahaja 38 hari melahirkan. Mengalami radang pada payudara yang tidak dirawat kemudian berakhir dengan komplikasi iaitu pengumpulan nanah atau bengkak bernanah (Abcess) di payudaranya.

Sebanyak lebih kurang 250cc nanah disedut keluar melalui insisi di kawasan payudaranya. Bila kita picit puting payudaranya pun yang keluar adalah nanah.

APA ITU MASTITIS?

Mastitis merupakan infeksi yang berlaku pada wanita yang sedang menyusukan bayinya. Infeksi ini membuatkan aktiviti menyusukan bayinya menjadi mimpi ngeri pada ibu-ibu.

Menurut WHO (2017) 10% wanita boleh mengalami mastitis dan mampu meningkat ke 33%. Kebiasaannya mastitis berlaku pada awal-awal kelahiran (3 bulan pertama) hingga 2 tahun.

(Rujukan: https://www.medicalnewstoday.com/articles/163876.php)

BAGAIMANA MASTITIS TERJADI

Mastitis ini disebabkan oleh bakteria yang masuk ke dalam liang-liang di payudara sehingga menyebabkan pembengkakkan payudara.

Bagaimana pula cara bakteria ini menyerang hingga menyebabkan mastitis?

1. CELAH LUKA DI KAWASAN PUTING

Luka berlaku apabila teknik penyusuan itu salah atau lekapan yang tidak sempurna oleh bayi hingga menyebabkan luka. Luka tidak dirawat menyebabkan pembiakan bakteria dan kuman hingga merebak ke kawasan lain.

2. KONTAK PAYUDARA DENGAN BENDA ATAU PUNCA YANG TIDAK BERSIH

Apabila payudara tersentuh atau ada kontak secara langsung dengan apa-apa alatan seperti bra yang tidak bersih, mulut bayi yang mengalami bakteria atau jangkitan. Infeksi mula berkembang dan membiak dia dalam salur air susu hingga ke kilang susu.

3. PENYUMBATAN PADA MILK DUCT

Apabila milk duct tersumbat, rawatan awal tidak diberi maka potensi serangan bakteria boleh berlaku.

Kebiasaannya mastitis boleh sembuh sendiri dan penyusuan perlu diteruskan seperti biasa.

GEJALA DAN TANDA-TANDA MASTITIS

1. Payudara terasa panas (suam) dan sakit apabila disentuh.
2. Payudara terasa bengkak dan mengeras seperti terdapat benjolan.
3. Mengeluarkan cecair putih kekuningan seperti nanah atau mengeluarkan bau cecair yang busuk.
4. Kulit sekitar payudara kelihatan kemerahan.
5. Demam.

BACA>>> Benarkah Susu Ibu Sedikit Sebab Payudara Kecil?

CARA ELAK GEJALA MASTITIS BERLAKU

1. Elakkan daripada memakai bra berbesi dan pastikan bra dipakai bersesuaian dengan saiz payudara. Elak pakai bra terlalu ketat atau terlalu longgar.

2. Susukan bayi sehingga keseluruhan payudara kosong atau memerah sehingga payudara benar-benar kosong sebelum tukar ke payudara sebelah.

3. Tuam dengan tuala panas bagi mengeluarkan susu yang tersumbat. Picit dan urutlah payudara perlahan-lahan dengan gerakan membulat.

4. Pastikan perlekapan bayi adalah betul dan sempurna (menutupi areolar).

Sebab itu kita cakap ibu dalam pantang tidak boleh demam. Jika demam maknanya ada masalah lah tu.

Notakaki:
Begitu banyak pengorbanan seorang isteri. Sudahlah waktu hamil pelbagai alahan, menyusukan bayi pun boleh jadi potensi infeksi.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda